Awal Januari 2019 lepas ada ke Muar. Jarang sebenarnya ke sini kalau tidak ada apa. Bila sampai, WOW!, saya suka.
Sebab apa?
Ada benda dan subjek yang saya cari ada di sini. Puas lah memikir selama ini, rupanya kat Muar boleh jumpa. Tapi ini saya tak mahu cerita hari ini, lain kali okay.
Alkisahnya, lepas saya siapkan semua kerja, ada masa sikit, satu pagi itu, saya jalan-jalan keliling bandar Muar sambil ambil gambar street waktu pagi. Kononnya lah.
Tiba-tiba haruman sate dibakar menyusuk hidung.
“Sate? Waktu pagi kut, ada orang bakar sate ke?”
Baru teringat yang abang pernah kata, kat Muar ini, nak makan sate kena datang waktu pagi. Rare, sarapan pagi dengan sate. Hanya di Muar.
Wow. Ini sudah bagus. Terus masuk Kedai Sate Dhuha Bandar Maharani Muar. Paling menarik, kedai ini berkongsi rezeki dengan bangsa lain dan sama-sama berniaga dalam kedai hailam kopitiam. Boleh tengok pada tiang kedai. Ada tulisan cina di situ. Tambah satu poin untuk saya terus masuk ke kedai.
Kesukaan saya bila jumpa kedai-kedai yang macam ini. Rasa aura keharmonian sesama bangsa.
Unik lagi, kedai hailam kopitiam ini diasaskan lebih 80 tahun. Sudah 3 generasi meneruskan perniagaan ini dan usahasama sebegini masih lagi utuh hingga hari ini. Cerita menarik!.
Walaupun kedai hailam kopitiam, makanan pagi disediakan sepenuhnya oleh orang Melayu. Jangan risau. Mereka ada sediakan lontong, nasi lemak, mee rebus, soto dan sate. Ada sate daging, ayam, perut dan paru. Satu cucuk sate 70 sen. Padu rasa sate dia. Saya suka betul sate perut dengan paru.
Kalau makan di sini, sate dikira hanya yang dimakan sahaja. Jadi kalau order 10 cucuk, dan cuma makan 7 cucuk, bayar hanya untuk 7 cucuk sahaja.
Makanan lain pun sedap. Saya sempat makan lontong dengan soto. Lontong siap dengan kuah kacang dan dapat telur rebus sebiji tu. Lumayan rasanya dan memang kena dengan tekak saya. Rasa manis kuah kacang bercampur dengan rasa lemak kuah lontong memang buat hirup sampai licin lah. Soto pula makan dengan sambal kicap. Memang padu. Cukup rasa pedasnya, hirisan ayam dan kuahnya yang pekat. Ditambah minum dengan air milo. Memang membesar bagai johan lah. Kenyang perut sungguh.
Oh, ya. Kedai ini dibuka bermula dari 7 pagi – 12 tengah hari setiap hari kecuali hari Selasa. Artis Shahrol Shiro pun dikatakan selalu singgah makan di sini.
Nak ke sini macam mana?
Boleh waze atau buka google maps dan cari Sate Duha Kak Minah atau Jalan Sulaiman. Ia berhampiran dengan Muo Boutique Hotels.
Saya sarankan, kalian cuba makan sate di sini. Rasa keenakkan makanan paginya. Lihat harmoninya pelbagai bangsa datang makan di sini. Untuk ambil gambar, ini sesuatu yang menarik. Pasal budaya.
Nak makan sate waktu pagi, singgahlah ke Muar.
Zanariah Salam
Banyak makanan sedap dan asli masyarakat kita. Nikmatilah.
Comments are closed.