Cubaan melukis guna teknik #pointillism. Pengalaman baru.
Belajar dengan Kak Emila. Kebetulan dia dan kawan-kawan datang ke Jb pada Dec 2021, jadi kita ambil peluang belajar berdepan. Kak Emila tunjuk cara. Terima kasih banyak-banyak kak. Sempat juga belek sketchbook yang kak Emila bawa. Aaaaa, cantiknya.
Lepas kelas pointillism di Perpustakaan Sultan Ismail, Larkin pada 18 Dis 2021, balik rumah belek satu persatu gambar travel lama-lama. Terus rasa nak di pointillism kan semua. Dah lama simpan impian.
Pilih punya pilih, berkenan dengan satu gambar Kashmir yang ini sebagai percubaan pertama.
Momen ketika matahari terbenam di Tasik Dal pada Sept 2019.
Lakar dan titik-titik. Siap dan taraaaa.
Kemudian, belek lagi gambar yang ada dalam koleksi kembara. Berkenan pada gambar suasana blue hour semasa di Semporna, Sabah. Inilah kejadiannya.
Dan seterusnya, latihan demi latihan untuk mahirkan diri dan supaya tidak lupa pada setiap langkah demi langkah menitik. Latihan dibuat menggunakan sketchbook dan juga canvas.
Comments are closed.