Category

BUKU

Category

Buku Naif, oleh Kak Mimi Salleh menjadi pilihan saya untuk bacaan ke-14. Diterbitkan oleh Dua Penulis.

Buku tentang pengalaman seorang gadis Melayu yang berdepan dengan stigma dan prejudis di bumi Amerika Syarikat.

Saya tidak belajar hingga ke luar negara, tapi membaca buku ini saya faham bagaimana hidup seorang di luar, berjauh kilometer dengan keluarga dan paling utama, sebagai seorang gadis Melayu Islam yang bertudung.

Menyebut Amerika Syarikat sudah pasti banyak perkara yang terlintas difikiran. Budaya mereka, cara hidup, pergaulan, pertuturan malah cara makan, ahh itu semua boleh buat orang hilang arah jika tak kuat iman.

Menyelusuri pengalaman yang penulis lalui ketika belajar di Illinois State University (ISU) seronok untuk dibaca. Ada sisi yang hampir sama berlaku ketika saya mula-mula melangkah buat pertama kali ke universiti dahulu. Walaupun hanya di KL, berbeza lokasi, yang jaraknya lebih kurang 320km sahaja daripada JDT, ia cukup memberi pengalaman bererti buat saya. Itulah kali pertama jauh dari keluarga. Maklumlah, budak sekolah harian, lepas SPM baru masuk asrama. Serba serbi nak kena buat sendiri di KL.

Kenangan di universiti, pastinya memberi seribu satu kisah menarik. Ia tentang hidup. Tentang mencari ilmu untuk hala tujuan kerjaya dan makna hidup.

Dan ia tentang naif. Yang boleh membawa kepada sesuatu yang bersifat bagus mahupun yang lucu. Malah boleh juga tentang pegangan diri.

Setiap orang pastinya ada sisi naif yang pelbagai. Sama ada ketika di sekolah, ketika di alam perkerjaan mahupun ketika dalam kejiranan sekarang.

Bacalah Naif. Sesuai sangat untuk dihadiahkan buat anak-anak yang mahu ke luar negara atau sesiapa sahaja supaya mereka ambil iktibar dari cerita dalam buku ini. Terus ke duapenulis.com untuk memesan senaskah.

Hari ini PKP ke 29, bermulanya PKP fasa ke-3. Kita semarakkan #MalaysiaMembaca dengan #dudukrumahbacabuku, boleh semua?

Zanariah Salam
Tenung rak buku dan senyum sikit.

error: Content is protected !!