Melihat Festival Kasada dan magistik alam di Gunung Bromo, Indonesia. Gunung berapi yang masih aktif, bau belerangnya menusuk. Jalan selangkah, berhenti. Jalan lagi dua langkah, berhenti. Mengah.
Ambil nafas dan rebut peluang merakam apa yang dirasakan menarik pada pandangan mata walaupun kaki sudah penat.
Mental dan fizikal bersatu supaya terus berjalan tanpa pedulikan bau sulfur yang semakin kuat ketika menghampiri puncak gunung.
Penganut Hindu dari suku Tengger akan melempar bahan sembahan ke kawah gunung, dan penduduk kampung sudah siap bersedia di tepi kawah mahu menyambut. Apa sahaja balingan, mereka sambut guna jaring.
Melihat sendiri suasana festival kasodo.
Kehidupan mereka, menambah pengalaman hidup.
Ini adalah sebahagian daripada memori yang dirakam menggunakan kamera Sony A6000 dan lensa E16-70mm f4 ZA OSS saya ketika ke sini pada Ogos, 2014.
2022 atau 2023, mungkin akan ke sini lagi?
Comments are closed.