MELUKIS MENJADI TERAPI MINDA UNTUK SENTIASA AKTIF BERFIKIR

34

Siapa sangka, ketika pandemik C19 melanda pada 2020, rupanya ada cabang seni yang saya temui.

Melukis! dan menjadi penulis sekaligus ilustrator buku bergambar kanak-kanak.

Dan melukis bukan dengan berus, tetapi dengan gunting.

Gunting?

Ya gunting.

Saya melukis dengan gunting dalam menghasilkan ilustrasi untuk buku bergambar kanak-kanak.

Kolaj dan diorama kertas antara hasil lukisan saya menggunakan gunting.

Dan tentunya aktiviti begini menjadi terapi bagi minda saya untuk kekal aktif berfikir teknik dan cara untuk menyiapkan setiap ilustrasi yang diperlukan.

Oh ya, ada satu temubual bersama wartawan Kosmo! yang telah disiarkan pada Selasa, 20 Feb 2024. Kebetulan ketika itu, ada wartawan mahu menemubual kak Emila (boleh layari blog kak Emila di sini, https://emilayusof.com/) di galerinya tentang buku mewarnanya, dan secara tidak langsung, saya pun ditemubual sekali. Rezeki juga setelah sekian lama tidak muncul di paparan surat khabar.

Boleh baca artikel yang ditulis di sini.

Dan oh ya, jika mahukan buku bergambar kanak-kanak saya, boleh dapatkan di shopee. Linknya di sini https://shope.ee/8KSSQWQo1R

Comments are closed.