TENTANG SAYA

Zanariah Salam berasal dari Johor, Malaysia. Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan Awam, UTM dan mula terlibat dalam fotografi pada penghujung tahun 2009 dan menjadikannya
sebagai tiket untuk melancong dan mengembara disamping sebagai koleksi peribadi dan juga ‘stockphoto’ untuk agensi seperti Shutterstock, GettyImages, Eyeem dan beberapa agensi lain.

Pernah memenangi beberapa pertandingan fotografi dalam dan luar negara sejak 2013, antaranya ialah Bank Rakyat Fotografi Contest 2019, Celcom Photo Contest 2019, Photo Creator of the Year 2018 KLPF, Iskandar Malaysia IMKlik 2016 dan 2017, Kulim Retreat Photo Contest 2016, Top 50 Travel Photography Asia (TPA) 2015 dan Social Media Award TPA 2015, Top 200 Garuda Photo Contest 2014, FJM Batu Pahat, 2013.

Pernah menulis dan menerbitkan 2 buah buku berkaitan fotografi yang bertajuk, RASE dalam Fotografi dan WoWStockFoto pada 2017. Kedua-dua buku ini tidak ada dijual dimana-mana kedai buku dan dijual secara ekslusif sahaja setakat ini. Buku-buku ini diterbitkan hasil daripada modul kelas yang diadakan selama ini iaitu kelas fotografi dan juga kelas stockphoto.

Mempunyai Diploma Kemahiran Malaysia (Fotografi) dan kini aktif memberi bimbingan fotografi kepada mereka yang baru hendak bermula dalam fotografi mahupun yang mahu tahu bagaimana hendak bermula menjual hasil karya gambar dan video yang diambil untuk dijual dipasaran antarabangsa.

Menjadi tenaga pengajar dalam fotografi (kelas fotografi kamera, smartphone dan juga stockphoto untuk Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Sembilan (2017), TM Malaysia (Smartphone Fotografi, 2017), Kolej Komuniti Hulu Selangor (Travel Photography Smartphone) (2018),ILPKL (Smartphone Fotografi, 2018) dan FotoOhsem Iskandar (Program di bawah Iskandar Malaysia Youth Committee dan IMPOWER, 2019, Travel Fotografi Smartphone), dan juga trainer Workshop Fotografi di bawah Sony Malaysia selain beberapa kelas yang dikendalikan secara persendirian dan berkumpulan untuk orang awam.

error: Content is protected !!