KEUNIKAN GUNUNG BROMO DALAM PROGRAM BACA DAN SANTAI BERSAMA PERPUSTAKAAN UTM DAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH SELATAN

31

Pada 15 Feb 2024 yang lalu, telah diadakan sesi program Baca dan Santai anjuran Perpustakaan UTM dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) secara langsung di FB live Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dan juga di youtube UTM Library TV.

Berbanyak terima kasih kepada pihak Perpustakaan UTM dan DBPWS atas program ini.

Saya membicarakan buku bergambar kanak-kanak, Keunikan Gunung Bromo terbitan DBP yang ilustrasinya menggunakan media diorama kertas. Buku ini merupakan buku kedua saya yang menggunakan teknik diorama kertas selepas buku Aimi Tidak Murung Lagi yang saya terbitkan secara swaterbit pada 2022.

 

Buku yang ditulis dalam siri Fenomena Alam ini diinspirasikan daripada kunjungan saya ke Gunung Bromo di Indonesia sebanyak 4 kali. Sejumlah gambar yang diambil ketika berada di sana atas tiket kembara fotografi, saya jadikan sebagai sebahagian prop dalam melengkapkan ilustrasi dan cerita.

Buku ini juga boleh dibeli di shopee.

Boleh tonton rakaman sesi ini di youtube.

Comments are closed.