Jawab soalan kuiz dan menang 3 buah buku sebagai hadiah!
Tertarik, menarik. Maklumlah, sejak zaman sekolah lagi, saya suka juga masuk pertandingan begini. Kuiz ke, cogankata ke, silangkata ke, masuk belaka. Ada waktu, rezeki memihak, menang.
Sama juga dengan fotografi. Ada gambar sesuai dan menepati tema, saya hantar saja. Untuk menilai keupayaan dan mencabar diri sebenarnya.
Masuk pertandingan ini, kita bukan bersaing dengan orang lain sahaja, yang lebih utama, kita akan bersaing dengan diri sendiri. Akan mula bertanya dan berbincang dalam diri, kenapa harus hantar begini, jawab begitu dan bermacam lagi mengikut situasi.
Berbalik kepada soalan kuiz tadi, Kudos, singkatan kepada Kelab Untuk Dunia Ohsem berSama telah mengadakan kuiz pertama untuk ahli kelab pada 30 Jan 2021. Kelab yang ditubuhkan ini menghimpunkan pembaca dan penyokong buku-buku terbitan Dua Penulis dan KasiTerbit. Sesiapa sahaja boleh sertai dengan daftar masuk di .
Selepas daftar anda akan dibawa masuk ke FB Group Kudos yang mana di sana banyak perkongsian tentang penulisan, hal travel dan apa jua yang berkaitan terutama sekali buku-buku terbitan mereka.
Berkongsi minat dan hal yang sama, pastilah seronok, lebih lagi di zaman pandemik yang kita terbatas untuk bertemu rakan secara berhadapan. Bual bicara secara maya dengan berbalas komen distatus facebook, sekurangnya menghilangkan rasa resah duduk di rumah seharian. Salah satu initiatif yang bagus dalam kita mengurangkan rasa tekanan dek pandemik begini. Saya sokong.
Pada kuiz pertama Kudos, ada 10 soalan yang perlu dijawab. 10 pemenang yang berjaya jawab betul dalam tempoh masa yang ditetapkan akan menerima 3 buah buku terbitan Kasi Terbit iaitu buku travelog bertajuk,
- Backpack Bonceng Motor Medan – Parapat – Berastagi
- Krabi Pergi Naik Bas Balik Naik Tren
- 93 Hari di Mesir
Dan akhirnya, sayalah salah seorang dari pemenangnya itu. Yahoo. Gigih mencari jawapan dengan cari maklumat di internet dan baca buku travelog mereka yang berkaitan.
Sungguh, ia nampak mudah soalannya, tapi memilih sama ada A, B, C atau D jawapannya itu perlu berfikir panjang. Masa inilah, suasana berdebat dalam diri akan berlaku.
“Aku rasa A lah jawapan dia”
“Eh, taklah, B. Cuba ko taip kat google, tanya dia”
Begitulah, apabila diri berbicara dengan diri sendiri. Berperang menjawab soalan untuk memilih satu jawapan yang pasti. Paling utama, asasnya, kena banyak membaca dan perlu peka pada informasi umum yang ada.
Nak tahu, apa 10 soalan kuiz pertama itu dan jawapannya?
Dan unboxing hadiah yang saya terima saya buat video begini. Nikmati!.
Dengar kata, akan banyak lagi kuiz dan program untuk ahli kelab akan ada pada masa akan datang. Jom kawan, masuk dan kita raikan bersama. Daftar sahaja di .
Comments are closed.