ILLUSTRASI DIORAMA DALAM BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK AIMI TIDAK MURUNG LAGI

121

Saya mula terlibat dalam buku bergambar kanak-kanak sejak Oktober 2020. Dek PKP, ternampak post kak Mimi Salleh tentang Buku Bergambar Kanak-Kanak yang dihasilkan secara swaterbit.

Percubaan pertama, pada April 2021, buku 24 Jam Magik terhasil. Cerita tentang buku ini ada di sini.

Kemudian, sudah satu buku, apa buku seterusnya?

Bulan Julai, 2021, Waktu itu Kak Mimi Salleh, pengasas dan pembimbing SKB ada beritahu dalam fb group alumni SKB.

“Siapa nak ikut sama projek Peer Writer. Kita buat tema Biblioterapi. Pitching sinopsis dan kemudian kita akan mulakan gerak kerja.”

Nampak menarik. Cubalah masuk. Cabar diri sebenarnya. Boleh buat ke tak? Tema itu berat sebenarnya. Maka, saya bentanglah cerita. Buat kisah tentang seorang budak bernama Aimi yang kemurungan atas satu sebab.

Selesai bentang cerita. Selesai masalah. Lega.

Sekarang, timbul isu macam mana dengan ilustrasi?

Ah, sudah. Saya ini tidaklah mahir melukis, macam mana nak selesaikan hal berkaitan illustrasi? Zana memang sengaja cari pasal kan.

Fikir punya fikir. Tengok balik sumber rujukan yang ada, godek itu ini, apa kata kita cuba lukis orang lidi comel comel lepas tu gunting. Minta-minta jadilah apa yang dibayangkan itu, teknik diorama dengan menggunakan kertas.

Maka terhasilkan si Aimi ini.

Percubaan pertama illustrasi menggunakan teknik diorama kertas. Orang putih kata, “First time”. Banyak cuba dan jaya untuk hasilkan 20 muka surat ini. Awas, walau hanya 20 muka surat, panjang proses kerjanya.

Si Aimi ini nak kena lukis sekata dengan mimik muka yang pelbagai. Ada senyum, sedih, menangis, tunduk bawah, pandang hadapan, ahh macam-macamlah. Sudah siap lukis, kena gunting dan susun props pula. Masa inilah pentingnya storyboard. Apa-apa rujuk storyboard. Sudah serupa seperti mahu buat drama pendek gaya kerjanya, “Take one, two, action!”

Lagi kelakar, apabila ada dua scene kena berada di luar rumah, aaarrghh, angin janganlah tiup kuat sangat. Berdiri ja rebah, berdiri je rebah. Haha, padahal boleh ja buat penghadang dan support apa kan.
Ah, kalau fikir balik, memang kenangan sungguh.

Komen kak Emila Yusof pun banyak membantu. Terima kasih banyak-banyak.  Apabila kak emila komen untuk perbaiki beberapa scene, lekas-lekas baiki mana yang perlu. Susun props semula dan ambil gambar berkali-kali hingga terletak betul dalam margin. Fuh lega.

Akhirnya.
Siaplah Aimi Tidak Murung Lagi.

Yang mana?
Yang sedang duduk tersenyum di penjuru buku itu. Nampak tak?

Eh, kata Aimi kemurungan?

Aimi sudah gembira. Sebab dia sudah tahu apa potensi diri yang ada padanya.

Aimi Tidak Murung Lagi.

Buku bergambar kanak-kanak yang dihasilkan dalam tema Biblioterapi untuk projek Peer Writer SKB menggunakan illustrasi diorama sepenuhnya.

Dalam menghasilkan buku “Aimi Tidak Murung Lagi”, saya menggunakan pendekatan membaca dan ambil gambar sebagai terapi diri.

Dorongan yang diberi oleh ayahnya, membawa Aimi meneroka ilmu baru. Kenangan bersama ibunya tersemat dalam hati dan menjadi pembakar semangat untuknya terus berjaya dan mengatasi kemurungan dalam dirinya.

Kejayaan tak diduga membawa senyuman kepada Aimi. Dan pasti yang banyak membantu, tentulah ayahnya.

Kini, buku ini hadir dalam bentuk fizikal dan juga digital.

Dalam bentuk fizikal versi softcover, buku ini ada di sini, https://shope.ee/40GtBksHLO

Namun, jika lebih suka pada bentuk digital, secara audio visual, ia pun ada. Bukan setakat ada buku Aimi Tidak Murung Lagi, tetapi ada 36 judul buku bergambar kanak-kanak SKB yang lain. Ada di

Keduanya, dalam bentuk fizikal mahupun digital, ia boleh dibaca mengikut citarasa masing-masing.

Siapa sudah dapatkan antaranya?

Yang fizikal atau digital?

Comments are closed.