Buat kawan-kawan yang berada di KL atau ada menyinggah KL, jemput singgah di GMBB, Jalan Robertson, KL.
Sebab apa?
4 buku bergambar kanak-kanak SKB saya, kini dipamerkan dan ada dijual di The Museum of Picture Book Art, Malaysia, GMBB, Jalan Robertson, KL.
24 Jam Magik
Aimi Tidak Murung Lagi
Apa Ada di Pontian?
Apa Ada di Melaka?
4 buku bergambar kanak-kanak SKB yang terhasil daripada Swaterbit Kids Book (SKB) yang diasaskan oleh kak Mimi Salleh.

Terima kasih pada Kak Emila Yusof atas perkongsian, tip dan hasil karya yang selalu memberi inspirasi. Best sangat-sangat.
Terima kasih Museum of Picture Book Art atas peluang dan ruang yang diberi.
Dan buat kawan-kawan alumni SKB yang sering memberi sokongan.
Okay, jadi, jangan lupa untuk singgah ke Museum of Picture Book Art tau kawan-kawan. Tak hari ini, esok lusa, jemput singgah. Saya tiada situ, tapi buku saya ada di situ, marilah datang dan tengok.
Mudah ja nak cari lokasinya.
Google map atau waze ke GMBB, Jalan Robertson, KL. Kemudian naik ke tingkat satu dan cari Museum of Picture Book Art. Oh ya, sebelah museum itu ada galeri kak Emila Yusof juga. Boleh lihat artwork kak Emila Yusof di situ.
Bawa anak-anak dan seisi keluarga sekali. Ada pelbagai buku bergambar kanak-kanak dalam dan luar Malaysia ada dipamerkan di situ. Nak beli dan untuk bacaan anak-anak pun sesuai sangat.
Nanti kalau ada yang dah sampai situ, jangan lupa selfie ya.
Comments are closed.