Muda, Berdaya, Karya Raya, tulisan Fahd Pahdepie. Penulis dari Indonesia. Buku ini tidak ditulis sebagai buku panduan atau self help tetapi lebih kepada jurnal kehidupan berdasarkan kisah hidup penulis itu sendiri.
Melengkapkan cabaran sendiri atas senarai buku harus dibaca. Ini buku kedua saya di Januari 2021.
Baca buku pertama yang saya baca di 2021 di sini.
Dari permulaan bab, beliau dedikasikan buku ini untuk Fahd kecil – saat dia masih terluka. Ternyata ketika kecilnya, beliau mengalami pengalaman yang membentuk bangunnya beliau hingga kini. Beliau berdendam dengan memori yang berlaku di zaman kanak-kanaknya.
Hal-hal yang tidak menyenangkan ketika zaman kanak-kanaknya terus menerus membuatkan beliau berusaha keras untuk membalas semuanya. Hasilnya, beliau menemukan sesuatu, dengan membahagiakan orang yang kita sayang, bukannya dengan membalas dendam.
Secara peribadi saya suka cara buku ini ditulis. Ringkas dan setiap poin yang dijelaskan ada yang pernah berlaku dalam kehidupan, hanya berbeza watak, masa, situasi dan keadaan.
Bahasa Indonesia pun mudah nak faham. Jadi tak perlu risau buat mereka yang mahu bermula membaca buku-buku Indonesia untuk membacanya. Malah, saya sudah mula suka membaca buku-buku dalam genre begini. Susunan bahasanya indah walaupun menggunakan ayat-ayat yang mudah untuk difahami. Kagum melihat bagaimana dengan senangnya, mereka dapat melontarkan kata-kata begini.
Di zaman pandemik, kita terkurung dan terbatas untuk melakukan apa yang biasa kita lakukan. Membaca buku seperti ini, ia punya kata semangat untuk membuat sesuatu. Ada kata-kata beliau titipkan dalam buku ini boleh jadi pencetus diri untuk terus kekal bersemangat.
Antara 10 kalimat yang saya suka mahu kongsikan dalam buku ini,
1. “…orang yang punya impian adalah mereka yang menikmati perjalanan!.”
2. Hidup ini samudera cerita. Dan setiap kita adalah pencerita, yang berlayar dengan kapal masing-masing.
3. Perjalanan satu tahun sudah cukup memberitahu, bahwa mengikuti ketakutan-ketakutan hanya akan membuat kita tak pergi ke mana-mana. Jalan saja, sedikit nekat tak apa, semua cara akan nampak pada waktunya jika kita sudah meletakkan hati di puncak gunung, bukan?
4. Semua keputusan yang kita ambil adalah hasil akhir dari proses yang terjadi dalam fikiran dan perasaan kita.
5. Mulai saat ini, buat hidupmu jadi luar biasa!.
6. Hidup bukan tentang berapa lama kita menjalaninya, tetapi berapa dalam kita memaknainya.
7. Kadang-kadang, persepsi adalah sebuah perangkap. Dan tafsir kita terhadap sesuatu sering keliru.
8. Setiap kita memiliki dua jenis waktu, waktu hidup dan waktu mati.
9. Manusia adalah sebuah mesin proses. Kita adalah apa yang kita lihat. Kita adalah apa yang kita dengar. Kita adalah apa yang kita makan. Kita adalah segala pengalaman dan membentuk semua yang menjadi diri kita saat ini.
10. … banyak orang dengan mimpi-mimpi besar ingin melakukan hal-hal besar dalam hidup, namun di saat bersamaan justru lupa pada hal kecil di sekelilingnya..
Buku setebal 336 halaman ini seolah pilihan buku yang tepat untuk dibaca sepanjang PKP begini. Ada 57 bab yang dibahagikan kepada 10 bahagian sesuai sebagai teman bicara dalam berdialog dengan diri sendiri. Cari diri dan percaya pada diri sendiri. Kita cenderung untuk ambil kisah pada apa yang orang lain kata, tapi terlupa untuk bertanya dalam diri sendiri, apa diri ini mahukan.
Mahu buku ini? Boleh cari di sini.
Setelah membaca buku ini, saya menemukan satu video di youtube khusus membicarakan buku ini bersama penulisnya, Fahd Pahdepie. Selamat menikmatinya.
Cita-cita itu boleh berubah mengikut situasi. Namun, impian tidak boleh berubah, ia tidak sederhana untuk diwujudkan.
Comments are closed.