Author

zanariah salam

Browsing

Asas melihat dapat dipraktiskan dengan rajin melihat alam. Pandang sekeliling dan perhatikan. Boleh cuba tips mudah ini untuk bermula.

1. Peka
Jangan hanya memandang depan, belakang, kanan dan kiri sahaja. Cuba sesekali dongak ke atas dan perhatikan apa yang dilihat. Ada nampak sesuatu?

2. Hampiri
Jika nampak mana-mana cahaya, hampiri dan tengok ada tak yang boleh kita buat gambar. Kalau ada, posisikan kamera sebaik mungkin.

3. Tunggu
Kadangkala kompo dah cantik, tapi perlu sedikit tambahan subjek untuk menaikkan lagi seri gambar. Untuk itu, perlu sabar dan tunggu momen.

Untuk lebih faham, kita tengok gambar ya.

Akan saya kongsikan lagi tips mudah bagaimana untuk melihat dan hasilkan gambar yang sedap mata dipandang walaupun hanya berada dalam persekitaran kawasan rumah sahaja. Hanya perlu praktis dan paling utama kena ada minat yang tinggi.

 

Zanariah Salam
Belajar dengan alam untuk lebih bersyukur

Sabtu lepas, 5 Jan, ada tengok dan ambil gambar untuk event basikal tanpa pedal ini kat Educity Indoor Stadium, Nusajaya, Johor. Tak pernah dengar pun sebelum ini. Maklumlah, zaman dulu guna basikal yang ada pedal.

Sempat riki sekejap info pasal basikal tanpa pedal ini. Menarik info yang dapat.

Basikal tanpa pedal ini dikenali juga sebagai balance bike atau pushbike. Jadinya, ia semata-mata ada badan basikal, tayar dan handle sahaja. Seringkas penciptaan untuk mempercepatkan proses pembelajaran kanak-kanak untuk mahir berbasikal dengan belajar mengimbang sahaja. Tunggang dan terus gerakkan guna kaki.

Basikal ini

1. Ringan
Berat hanya lebih kurang 2kg sahaja. Mereka boleh angkat dan bawa sendiri. Dan sekaligus mereka tidak akan mudah rasa letih.

2. Mudah digunakan
Hanya perlu gerakkan basikal dengan kaki sahaja. Menjadikan kanak-kanak lebih fokus untuk mengimbangi basikal berbanding basikal biasa yang perlu imbang dan kayuh. Jadi, mereka bebas untuk berhenti, membelok dan memusing dengan lebih mudah. Seronok kan. Malah tak perlu lagi basikal roda tiga lagi buat mereka.

3. Boleh digunakan seawal usia 18 bulan
Salah satu cara nak elakkan mereka mengadap gadjet di usia muda. Comel tengok anak-anak kecil ni bawa basikal dengan gaya masing-masing. Leka tengok diaorang menolak basikal dengan kaki. Bersungguh-sungguh betul. Semangat mereka ni.

4. Selamat
Ia mempunyai tempat duduk yang direkabentuk lebih rendah berbanding basikal biasa. Sekaligus membolehkan kaki kanak-kanak menyentuh tanah sesuai dengan usia mereka. Boleh dikatakan basikal yang boleh dilaraskan juga lah.

Dan macam-macam lagi kebaikannya untuk anak-anak. Paling utama, dapat menggalakkan anak-anak bergaul dengan kanak-kanak yang lain, memupuk sifat kesukanan dan seterusnya melatih skil komunikasi sesama mereka.

Buat ibu bapa yang ada anak-anak kecil dan suka bersukan, boleh cuba aktiviti ini dan masuk acara yang dianjurkan oleh Malaysia Runbike Championship Series seperti ini.

Apa kata, di 2019 ini, hadiahkan basikal comel ini buat anak-anak untuk mereka lebih cerdas dan aktif. Mana tahu, anak kalian bakal salah seorang jaguh sukan Malaysia kelak. Hubungi terus Hotaru ya.

Boleh tengok gambar yang saya ambil.

Zanariah Salam
Rasa nak jadi budak kecik balik main basikal. Hehe.

Ambil gambar ni boleh jadi ketagih, terutama dengan adanya henfon yang canggih-canggih sekarang. Sebut je lah, tersusun kat billboard dengan iklan merata.

Tapi kalau nak praktis ambil gambar “permata” embun macam dalam artikel BOTS Click! NST, yang saya kongsikan hari ini, korang boleh gunakan tips mudah ini.

1. Cari latarbelakang yang clear.
Bila latarbelakang dah clear, embun tu akan lebih stand out dan ada karisma gitu. Perhati betul-betul.

 

2. Dapatkan cahaya yang sempurna
Cahaya pagi paling best. Bila ada je cahaya kena kat embun yang kita dah kompo tu, terus je shot.

 

3. Cari reflection
Nampak macam idea lapuk, tapi bila dah dapat reflection dalam embun tu sendiri, dia punya suka, best wei. Macam ada satu dunia lain dalam tu.

4. Perhatikan pada texture hujung tepi daun
Texture daun itu sendiri akan ada leading line yang akan membawa mata terus ke embun dihujung daun. Jangan terus ke hati ya. Ini bahaya. Haha.

5. Kreatif dengan water drops yang lain.
Boleh cuba dengan pelbagai permukaan lain macam body kereta, tingkap, dan juga CD yang dah tak pakai. Ekperimen dengan pelbagai konsep. Paling mudah, saya gunakan bendera Malaysia saja.

Nak lagi best, baca terus dari akhbar NST hari ini, cari di muka surat 48. Feel baca dari akhbar lagi best sebenarnya, sambil layan minum kopi ke, makan biskut ke, duduk tepi pantai ke.. ecece.

Oh ya, semua gambar dalam artikel tu guna henfon Samsung edge 6+ dan Huawei P9. Dan ada tambahan klip macro lens. Semestinya kena sentiasa bawa botol spray kecil, senang nanti nak buat “tambahan” embun. Dan kena sabar dan kawal nafas ya. Kalau tak, gugur semua embun tu menyembah bumi nanti. Opps.

Dapatkan NST

Ok, bye, Nanti saya cerita lagi.

Zanariah Salam
Tak bawa kamera, guna henfon pun ok.

Smartphone yang ada semakin mudah untuk digunakan bagi tujuan fotografi.

Hanya perlukan sedikit sentuhan asas fotografi, gambar yang diambil guna smartphone pun dah boleh jadi lawa.

5 tips saya kongsikan dalam naskah NST hari ini. Secara ringkas disimpulkan dengan

1. Bermain dengan warna

2. Buat komposisi yang mudah

3. Guna apps yang tersedia ada dalam smartphone. Contoh apps silky water dalam Huawei 😂😂

4. Gunakan elemen reflection

5. Menyelusuri dunia kecil sang bunga dan serangga

Paparan penuh ada dalam NST.

Street fotografi, antara cabang yang nampak mudah tapi tak mudah sebenarnya.

Perlu peka, hendak ambil foto yang bagaimana. Momen yang bagaimana. Aksi yang bagaimana.

Ada sesetengah fotografer, suka bermain dengan shadow, warna, layer, framing, pattern dalam mencorak foto mereka dalam street fotografi. Masing-masing punya kelebihan.

Ia, semuanya memerlukan latihan dan kecekapan mata melihat. Jari perlu pantas menekan butang shutter apabila momen berlaku didepan mata.

Kali ini saya kongsikan sedikit apa yang selalu saya praktiskan.

Dalam street, biasanya saya suka bermain dengan layers dan atau dengan multiple subjek.

Yang dimaksudkan dengan layers itu ialah, adanya subjek di depan, di tengah dan di belakang. Lagi best kalau setiap subjek mempunyai aksi dan momen tersendiri. Ia seolah membentuk penceritaan daripada hadapan, tengah dan belakang.

Kemudian, multiple subjek pula diterjemahkan sebagai adanya pelbagai subjek yang wujud dalam foto yang dapat menguatkan cerita seperti orang, bayang, framing atau objek.

Nak lagi faham, kita cuba tengok pada foto ini.

Masa mula-mula sampai tempat ni, saya dah nampak banyak layers dan subjek disini. Cuma bagaimana nak terjemahkan dalam satu foto.

Saya berdiri depan diaorang ini semua. Kamera sudah saya setkan kepada setting yang saya mahukan. Lihat pada keliling dan perhatikan pergerakan subjek.

Jika dilihat, kedudukan setiap subjek saya iaitu peniaga dan pembeli disini membentuk layers yang agak menarik.

Mereka berada dikedudukan yang tak bertindan antara satu sama lain secara ketara dan seolah-olah bercerita antara satu layer ke layer lagi satu.

Brother yang pakai baju putih dan kotak-kotak yang berada didepan berada di layer 1.

Begitu juga dengan pakcik yang pakai baju biru jalur yang sedang hulurkan duit, makcik disebelahnya dan jua para peniaga yang sedang duduk tu dalam layer 2.

Mereka yang berada di bangunan membentuk layer ke 3.

Semua subjek ini mempunyai aksi atau momen masing-masing yang menarik dalam foto. Perhatikan pakcik yang tengah hulur duit, tengah berjalan, duduk, cangkung, berdiri. Setiap satu ada kaitan antara satu sama lain.

Bangunan dibelakang itu mempunyai seakan pintu besar yang membentuk framing.

Framing ni pun salah satu subjek. Dan dalam setiap framing tu ada momen aksi masing-masing.

Sudah faham apa yang saya cuba sampaikan. Nampak tak peranan layers dan multiple subjek dalam mengambil dan membuat foto.

Foto ini dirakamkan di salah satu open street market di India ketika kunjungan saya ke sana April lepas. Pasar awam antara lokasi wajib ada dalam checklist saya kalau pergi mana-mana. Korang punya checklist tempat apa pula?

 

Zanariah Salam
Praktis dan melihat setiap hari.

error: Content is protected !!