BAGAIMANA MENJADI KREATIF DENGAN MEMBUAT GAMBAR ABSTRACT MENGGUNAKAN SMARTPHONE

16

Kalau bosan dengan gambar sharp, dan nampak perfect sahaja, boleh cuba ambil gambar abstrak. Ia nampak menarik kerana boleh buat terapi sikit. Saya tunjukkan caranya.

1. Cari mana-mana pokok yang ada di rumah. Pokok atau dedaun pun okay.

2. Setkan smartphone kepada manual mode. ISO paling kecil, boleh cuba dengan ISO 50 dahulu. Shutter speed paling perlahan, guna 1/4s untuk mula-mula. Kemudian turunkan lagi berkadaran dengan persekitaraan. Ini memang kena cuba jaya tau.

Kalau guna iphone, boleh muat turun apps Spectre di apple store. Ini antara apps yang saya suka nak guna.

3. Tekan shutter dan mula gerakkan telefon ke atas secara perlahan. Atau boleh juga pusingkan telefon jika subjek kalian adalah dedaun.

4. Terus mencuba dan cuba lagi dengan gerakkan ke kiri, kanan atau buat pusingan. Buat pelbagai gerakan yang dapat menghasilkan kesan yang menarik.

5. Hasilnya, akan dapat gambar seperti ini. Nampak macam oil painting dan ala-ala abstract bukan? Ini saya gerakkan telefon ke atas selepas tekan shutter.

Boleh terus berekperimen untuk hilangkan rasa bosan duduk di rumah dan buat sedikit terapi.

Kalau tiada daun atau pokok, gunakan apa saja yang ada depan mata. Bereksperimenlah.

Cuba dan cuba untuk terus merangsang minda kekal kreatif dan berimaginasi. Boleh?

Zanariah Salam
Jadi kreatif dengan buat gambar yang mengembirakan.

Comments are closed.