Apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19 ini setiap minggu ditambah waktunya, tentu sahaja buatkan ramai orang mulai risau dan runsing.
Ini adalah waktu yang sukar buat mereka yang tak biasa. Buat kaki travel, yang suka ambil gambar, tentu tepu duduk di rumah. Orang yang dah biasa jalan-jalan, keluar ambil gambar, sekali kena duduk lama-lama dalam rumah, akan rasa tak biasa.
Dan, tanpa kita sedari, kita sudah pun melaluinya 3 minggu lepas. Sedikit sebanyak kita sudah pun berjaya melepasi ujian ini. Bersabar lagi untuk 2 minggu lagi.
Tapi apa nak buat untuk tempoh 14 hari akan datang?
Buatlah sesuatu yang baru dengan penuhi masa yang ada, sehari 15 ke 30 minit dengan belajar tentang stokfoto. Ini khas buat mereka yang suka pada fotografi dan hendak jana sesuatu dengannya.
Tentu seronok apabila mendapat perkhabaran sebegini (rujuk gambar bawah) sebagai contoh.



Masa inilah kita tumpukan perhatian untuk menimbal balik gambar yang “berguna” atau tidak dalam hard disk atau ruangan galeri smartphone untuk sesuatu pulangan dalam mata wang asing. Satu USD bernilai hampir empat ringgit lebih sekarang.

Jadinya, sebelum nak hantar gambar ke agensi, kenalah tahu
1. Apa itu stokfoto?
2. Mengapa stockfoto?
3. Description dan keyword?
4. Model Release
5. Do and don’t
Gali, sunting, muat naik. Ada waktu, gunakan apa yang ada dalam rumah mencipta paparan konten berguna untuk pembeli.
Dan banyak lagi perkara asas yang kena mahir. Lepas itu nah, masuklah gambar banyak-banyak.
Ambil panduan yang saya nak beritahu di sini sekarang. Klik terus di sini. Secara online sahaja di mana-mana dan bila-bila masa mengikut waktu masing-masing. https://sekoolah.com/courses/asas-stok-fotografi/
Zanariah Salam
Buat sesuatu yang bermanfaat dengan fotografi
Comments are closed.