7 AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH KAKI TRAVEL KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

54

Buat kaki travel yang sering berada di merata tempat, saat dan waktu ini mungkin perit untuk dihadapi. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan kes Covid 19 yang melanda dunia di 2020. Tak boleh keluar rumah, duduk diam dalam rumah dan segalanya harus di rumah.

1. Kumpulkan semua gambar-gambar travel yang diambil dan masukkan dalam IG. Mungkin boleh buat IG baru kan.

2. Masukkan gambar pemandangan dan video yang  berdurasi 5 saat ke 60 saat itu ke stokfoto. Jangan tak tahu, ada pembeli yang mahukan gambar-gambar travel yang kalian ambil itu untuk paparan dalam website mereka. Ada rezeki, ramai yang muat turun. Pasaran antarabangsa lagi. Dan bayaran dalam matawang USD lagi. Sekarang ini, satu USD sudah hampir 4 ringgit lebih tau. Nak tahu di mana boleh belajar secara online? Terus saja ke sini, https://sekoolah.com/courses/asas-stok-fotografi/

Antara nilai belian yang dibayar oleh EyeEm kepada pembeli

3. Buat koleksi photobook dengan semua gambar travel. Mesti seronok bila tengok hasil dalam bentuk bergambar yang terletak cantik dicetak. Kepuasan sebenar setelah ambil gambar adalah apabila kita cetak gambar tersebut. Dari situlah baru tahu keupayaan smartphone atau kamera yang kita gunakan itu. Sekadar paparan media sosial, alah dah biasa sangat, kan. Betul tak?

4. Update blog atau website. Ceritakan pengalaman travel dalam blog. Masa inilah boleh bercerita seolah bercakap dengan kawan-kawan di hadapan. Dari satu travel itu boleh buat bermacam artikel. Buat mind mapping dahulu. Ambil tajuk besar travel ke Kashmir contohnya. Posting pertama mungkin berkaitan iteneri Kashmir, posting kedua mungkin, tempat menarik di Kashmir yang harus dilawati dan begitulah seterusnya. Jangan tak tahu, dari satu topik travel sebagai contoh, boleh dapat beratus idea menulis.

5. Sudah upadate blog, mana-mana artikel yang menarik itu boleh kita jadikan ebook atau buku. Kemaskini sahaja supaya cerita travel yang dialami dapat memberi ibrah kepada pembaca. Tapi haruslah diingat bahawa dalam menulis cerita travel, kisahnya haruslah benar belaka. Janganlah menipu atau menokok tambah untuk meraih populariti.

6. Buat puisi berdasarkan gambar yang diambil. Satu gambar satu puisi. Kadangkala ada bakat terpendam dalam diri yang kita tak jangka. Bermulalah.

7.  Masih lagi dengan gambar travel. Ambil mana-mana yang menarik hati dan kita cuba lukis kembali dengan menggunakan medium watercolor sebagai contoh. Ambil gambar yang mudah dan menyenangkan mata untuk bermula dahulu. Bila buat begini, kita sebenarnya melatih diri untuk berfikir kreatif dan mana tahu, rupanya kita ada bakat melukis yang terpendam tanpa kita jangka hadir dalam diri. Belakang parang kalau diasah semakin tajam inikan pula kita manusia yang punya akal fikiran yang sempurna.

Zanariah Salam
Mencungkil bakat sendiri.

3 Comments
  1. Akashah Kassim says

    Nice thing to do
    Ya Allah photobook tak siap2
    Sudahnya poster je yang jadi

    1. zanariah salam says

      haha, sempat lagi nak buat. Photobook sentiasa ada diskaun voucher.

  2. vitaminayu says

    Rindu-rindu travel, memang korek balik tengok gambar-gambar je lah 😊

Comments are closed.