Margaretta Gauthier.
Watak yang diceritakan sebagai seorang perempuan yang sangat cantik tapi hidup dalam kemiskinan.
Keadaan memaksa beliau terjerumus ke lembah hina hingga menjadi ratu di kota Paris. Namanya disebut dan digilai ramai lelaki.
Hidupnya menjadi mewah hasil kekayaan yang diberikan oleh lelaki yang mendampinginya. Beliau bersumpah untuk membenci lelaki lantaran itu.
Hinggalah satu hari beliau sakit dan doktor menyuruhnya untuk berubat. Di situ, nasib beliau mula berubah apabila bertemu dengan Hertog Mohan yang baru sahaja kematian anak perempuannya.
Hertog Mohan yang kesedihan bagaikan mendapat kehidupan baru apabila bersua dengan Margaretta yang wajahnya mirip betul arwah anaknya. Dibawanya Margaretta ke rumah indah, terpencil daripada pergaulan ramai.
Hidup Margaretta mula berubah daripada zaman gemilangnya dahulu. Lebih tenang menjalani hidup tanpa ada lelaki lain yang mendampinginya.
Hinggalah satu hari, Armand Douval, lelaki bangsawan hadir dalam hidupnya yang bersungguh dan ikhlas kepadanya.
Margaretta jadi takut. Takut untuk jatuh cinta kerana
“Setelah saya kenal akan dikau, Armand, tahulah saya bahawa engkau ini anak muda yang mulia lagi budiman. Engkau cintai diriku ialah semata-mata buat diriku, bukan engkau cintai diriku untuk dirimu.”
Pengakhiran cerita ini tragis apabila janji untuk hidup semati, gagal dipertengahan jalan lantaran hadirnya ayah Armand yang keliru antara kasih anak lelaki atau anak perempuannya. Dua-dua beliau sayang.
Salahkan ayah Armand yang mahukan kehidupan yang bahagia buat anak-anaknya?
Hinakah perempuan yang dilahirkan cantik?
Salahkah bercinta?
Apa makna setia?
Margaretta Gauthier karya Alexander Dumas Jr., dan terjemahan oleh Hamka.
Buku yang baru saya habis baca pagi tadi. Alhamdulillah, bacaan saya untuk karya-karya Hamka bertambah. Lengok bahasa yang mudah difahami. Iya, Hamka menulis dalam bahasa Melayu lama.
Naskhah ini diterbitkan oleh Jejak Tarbiah. Ada di sini.
Comments are closed.