Risalah Malaysia Membaca, bacaan ke-13. Terbitan Jejak Tarbiah.
Buku ini tentang kompilasi penulisan 8 orang pencinta buku yang bukan calang-calang orangnya dalam bercerita bagaimana dengan membaca, boleh mempengaruhi hidup mereka hingga kini. Apa buku yang mereka baca, apa pengisian yang mereka perolehi dan bagaimana begitu bersemangat untuk terus membaca tanpa jemu. Ada pemangkin yang mereka pegang?.
Seperti pesan Hamka,
Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik.
Membaca itu jambatan ilmu. Ungkapan yang kita sering dengar ketika di sekolah. Namun, kenapa masih rasa malas membaca?
Tidak wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikir matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca.
Buku yang harus dibaca untuk menjentik rasa kecintaan dengan membaca. Malah buku ini wajib kalian ada beserta dua buah buku lain, Projek Bibliofil dan Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi. Kedua-dua buah buku ini saya sudah baca sebelum ini. Berkait antara satu sama lain dalam menyemarakkan rasa untuk terus membaca.
Menarik? Di mana boleh dapatkan ya?
Dapatkan terus di sini.
Jom sama-sama jayakan #MalaysiaMembaca.
Zanariah Salam
Membacalah.
Comments are closed.