Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun melalui minggu ke-tiga. Sejak 18 Mac hingga kini, 10 April 2020, sudah hari ke 24, semua rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk di rumah bagi mengawal penularan wabak virus Covid-19 daripada terus meningkat naik.
Buat mereka yang sudah biasa duduk di rumah, mungkin tidak terasa sangat. Namun bagi mereka yang inilah kali pertama berhadapan dengan situasi begini, bagaikan satu cabaran untuk diam dan berada di rumah sepanjang masa.
Tak biasa. Nak buat apa yea?
Itulah yang menjadi tanda tanya.
Kerja yang perlu disiapkan sudah selesai. Masa ada banyak lagi terluang.
Nah, saya cadangkan untuk kalian mulai membaca.
Ini antara cadangan buku-buku dalam lingkungan motivasi, self help, kisah hidup, kerohanian dan fotografi yang kalian boleh baca sempena PKP ini. Saya sudah baca sebahagian buku-buku ini. Saya sertakan sekali link supaya mudah untuk kalian beli dan baca.
Buku Motivasi, Self Help dan Kisah Hidup. Dapatkan terus daripada Dua Penulis di https://duapenulis.com/
1. Bangkit Selepas Gagal
2. Misi Menjadi Minimalis
3. 2020 Projek Orkid: Masih Ada Yang Sayang
4. Projek Lavender – Kisah Kanser
5. Projek Lavender 2: Kanser, Catatan Hati Tentang Reda
6. Naif
Buku Kerohanian
1. Tafsir Al-Quran Al-Fatihah TGNA
https://tafsirtokguru.com/link/ProjekTafsir
2. Tafsir Al-Quran 3 Qul TGNA (Pre-Order)
https://tafsirtokguru.com/3qul/link/ProjekTafsir
3. Siri Kembara Menuju Allah oleh Ustazah Asma Harun (pre-order)
https://asmaharun.com/buku/jangantunggu
Buku-buku Indonesia dan buku karya Hamka.
1.Karya Hamka terbitan Jejak Tarbiah dan juga Indonesia, di sini
2. Buku-buku best seller Jejak Tarbiah yang meliputi siri motivasi, sejarah, membaca, kahwin, buku-buku Indonesia seperti Tere Liye, Set Box Andrea Hirata, Habiburrahman dan lain-lain lagi, di sini.
Buku Fotografi Pocket Guide
1. Digital Photography
Selamat membaca dan jadilah rakyat yang membaca.
Zanariah Salam
Membaca sebagai terapi.
Comments are closed.