BUKU

BUKU FALSAFAH SYAITAN, HAMKA

Pinterest LinkedIn Tumblr

Edisi ke 2, #misi14hari.

Buku ke sebelas.

Kali ini saya pilih buku Falsafah Syaitan, HAMKA.

Buku ini sangat simbolik dalam mentafsirkan bagaimana syaitan memperdayakan umat manusia. Setiap ayat yang ditulis HAMKA mudah untuk difahami. Buku ini ditulis dalam bahasa melayu dengan panduan DBP. Malah Hamka juga menulis dalam bahasa melayu lama.

Buku ini diterbitkan semula oleh Jejak Tarbiah daripada karya asal HAMKA yang bertajuk Penuntun Jiwa.

HAMKA menulis tentang 9 tajuk yang berkait rapat dengan perang mental dan jiwa dalam hati manusia. Tentang muflis, falsafah syaitan, memburu harta, bakhil, lupa, syurga dan neraka, tawakal, perjuangan dan korban keyakinan.

Dengan harta, manusia boleh jadi gila.

Orang yang bakhil, jiwa dan raganya hanya pada harta. Dan ini adalah penyakit yang boleh memutuskan perhubungan. Bakhil, perosak kepada agama. Perosak kepada masyarakat. Perosak kepada bangsa dan tanah air.

Manusia juga mudah lupa. Susah mohon dibantu, bila senang mula lupa diri.

Muflis di dunia boleh diubati. Asalkan jangan putus pengharapan. Tapi muflis di akhirat, meratap hiba tak berguna lagi. Merana diri.

Naskah yang sesuai dibaca ketika PKP ini untuk kita selami sendiri. Bagaimana aspek penyucian jiwa yang manusia perlukan, supaya kita menang dalam perang mental ini. Berhadapan dengan syaitan, musuh yang tidak kelihatan, tapi licik dalam mengatur langkah.

Boleh terus perolehi senaskah ini di bit.ly/BukuBuyaHamka. Ada diskaun 20% hingga 14 April 2020.

Zanariah Salam
Belajar lagi.

Write A Comment

error: Content is protected !!