Apabila menyebut Taiping, Kilang Kopi Antong ini pastinya ada dalam iteneri.
Melihat bagaimana proses membuat kopi depan mata, merakam rutin harian mereka dan pelajari sesuatu.
Saya bukanlah peminat kopi. Dan berada di sini lama-lama, buatkan saya tak berapa selesa sebenarnya. Namun, sebabkan fotografi, gagahkan diri untuk ambil gambar idaman hati.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Inilah antara hasil yang dapat.
Sebahagian koleksi yang saya ambil ketika kunjungan ke sini sekitar tahun 2015. Wah, sudah 5 tahun gambar ini. Gambar diambil sepenuhnya dengan kamera Sony A6000. Lejen kamera ini.
Kenangan bukan?
Melihat gambar begini, teringat bau kopinya, keringat yang mengalir dan susah senangnya buat kopi.
Ah, buat diri teringin mahu ke sini lagi dan tempat-tempat lain. Sudah rindu kaki ini mahu melangkah mencari gambar dengan #FotoOhsem.
Bila?
Apabila keadaan kembali normal nanti. Kita putuskan rangkaian virus ini dengan duduk di rumah.
Sementara itu, mari layan dulu gambar-gambar dalam koleksi dan jaga kesihatan masing-masing okay.
Zanariah Salam
Kembara mencari gambar.
Comments are closed.