Author

zanariah salam

Browsing

Setiap kali travel atau jalan ke mana-mana sahaja, pastinya kita inginkan gambar menawan hati yang bukan sekadar selfie atau wefie semata-mata. Ada banyak cara dan trik yang boleh digunakan.

3 pesanan ini mungkin dapat membantu menambah baik hasil gambar bila kalian pergi travel atau jalan-jalan.

1. Cari mana-mana landmark yang menjadi ikon tempat itu. Kalau ke Melaka, apa landmark nya, bangunan merah? St Paul? atau beca Melaka? Fokus dan ambil dengan hati yang tenang. Kerana bila dah tenang, gambar pun elok kejadiannya.

2. Lihat pada kedudukan matahari. Alangkah indahnya jika dapat merakam momen sama ada terbit atau terbenam nya sang suria. Apatah lagi jika kena dengan waktunya, dapat biasan cahaya yang menyinari alam bagaikan kepingan pizza dilangit. Seronok bila tengok warna alam ni kan.

3. Gunakan apa yang ada disekeliling dalam mencipta kreativiti dalam berkarya. Nampak lopak air, jangan terus elakkan tapi hampiri ia. Kompo betul-betul, tunggu subjek lalu ataupun berdiri dekat situ. Dapat saja momen best, terus klik klik klik. Haaa, kan dapat gambar best.

Amacam? Dapat kuasai 3 pesanan ini, cukup sebagai permulaan. Kemudian pelbagaikan rentak dengan mengubah dasar melihat dari perspektif berbeza.

Dapat sesuatu? Dah dapat, share post dan tekanlah like ini supaya kawan-kawan yang lain pun dapat tahu serba sedikit juga. Boleh?

Zanariah Salam
Ambil gambar travel dengan gembira. Jomlah ikut saya next. Hehe.

Tak sah kalau ke Kashmir, tak singgah di Sonamarg. Pergi ke sini mesti terus teringat cerita Bajrangi Bhaijaan. Ala yang ada scene gunung ganang yang diliputi salji itu la.

Tak banyak subjek untuk human interest di sini kecuali kalau nak buat staging. Selebihnya, layan ambil landscape sajalah. Berdiri ditempat yang kiri kanan gunung ganang, memang boleh buat hati sejuk saja. Nak pekik jerit pun boleh kalau kat sini. Lepaskan geram orang kata. Janji siap sedia menahan muka tebal seinci nanti. Haha.

Nak ke sini kenalah naik kuda. Tapi kalau ada stamina kuat, nak berjalan kaki pun boleh. Tapi sanggup ke? Jauh wei, dengan udara agak nipis, naik bukit, turun bukit, mencabar gak. Tapi pemandangan sekeliling memang superb.

Kat sini, setiap musim berbeza pemandangannya. Kalau masa winter, penuh gunung ganang tu dengan salji. Silap-silap nak masuk ke sini pun tak boleh kalau salji tebal. Tapi masa autumn, pokok-pokok tu akan berwarna kuning merah daunnya. Masa trip lepas baru ni, boleh dikatakan dah nak penghujung summer dan nak masuk autumn. Jadinya dapatlah langit membiru dengan seketul awan pun tak ada. Cuma masa kami nak bersiap beredar dari sini, barulah awan mula muncul. Yeay.

Pacak tripod, layan buat panorama 180 darjah dengan hembusan udara dingin, lepas itu buat long exposure dengan big stopper kat tepi anak sungai itu memang jadi kegilaan buat pengemar landscape. Memang heaven. Silap-silap kalau ada cukup masa dengan keadaan mengizinkan, layan buat milky way pun best kat sini kan. Bayangkan lah.

Berada kat sini memang serba serbi lawa pemandanganya. Tak susah mana, halakan saja kamera tu ke mana-mana arah. Lawa saja kejadiannya.

Nah, saya kumpulkan gambar Sonamarg. Lebih kepada gambar gunung ganang la yea. Yang lain, saya lebihkan dengan rakaman dalam mata saja. Kalian kena sekali datang sini. Tengok sendiri apa yang mata saya nampak.

Zanariah Salam
Suka ambil gambar travel buat hati girang.

Buat mereka yang berhajat mahu ke Kashmir nanti, pergilah ke Floating Market. Tengok sendiri bagaimana suasana jual beli dalam sampan. Ini antara satu-satunya floating market yang ada di India dan mula menjadi tumpuan peminat fotografi sejak ada seorang fotografer dari Jepun merakamkan suasana di sini dalam buku panduan pelancongan yang diterbitkan di Jepun sekitar tahun 1960 lepas.

Untuk ke sini, kenalah bangun awal pagi tau. Boleh mandi cara P. Ramlee dulu kalau tak tahan sejuk. Lepas solat subuh, segeralah naik shikara. Dalam 30 – 40 minit sampailah.

Sepanjang perjalanan itu, akan ada saja momen menarik nak rakam. Sampaikan angsa yang tengah bersidang pun dah macam rupa retis gayanya kita ambil gambar dia tanpa henti. Nasiblah kau lah angsa, terserempak dengan kami. Ramai OP dengan DoP dalam shikara.

Reflection jangan cakaplah. Awal pagi, air tasik tenang. Memang jamuan dalam memori kad saja. Sambil-sambil itu, bolehlah cuba hembus nafas, kut-kut nampak kepulan asap keluar.

Ada pelbagai tanaman dijual dek kerana bagusnya ekosistem kat tasik ini. Jangan tak tahu, batas tanaman dibina secara terapung tau. Nak tengok mereka guna timbang jenis dacing pun ada kat sini.

Damai saja tengok cara mereka. Macam tak pernah runsing dengan pergolakkan yang tengah melanda sekarang. Sudah hampir lebih 50 hari dalam perintah berkurung dan kali ini antara yang teruk kena. Semua talian komunikasi, internet diputuskan kecuali land line, malah ada sesetengah tempat, bekalan elektrik dan air pun terputus. Nak beli minyak kat stesen pun khabarkan kena catu. Kita doakan sama-sama supaya mereka bebas daripada konflik ini secepat yang mungkin.

Dan waktu kami kat sana, keadaan terkawal. Ikut saja driver cakap apa. Mana tempat boleh ambil gambar kita ambillah. Mana yang tak digalakkan itu, kita rakam dengan mata saja. Mudah saja sifirnya.

Tak nak sedih-sedih, kita tengok dulu hasil gambar sikit. Macam biasa, masih lagi daripada Sony RX100vi dan ada beberapa keping gambar hasil jepritan Gopro 7. Rugi kalau kat sini tak ambil wide shoot. Banyak momen menarik. Dan sini antara tempat kesukaan saya.

Zanariah Salam
Ambil gambar travel dengan sukahati.

Bumi bertuah yang subur tanahnya. Walnut, safron, kambing biri-biri, epal, padi semuanya ada di sini.

Semua tempat cantik. Memang halakan saja kamera atau smartphone di kiri dan kanan. Tunggu momen hadir, lawa kejadiannya.

Namun, ada yang diangan, tidak kesampaian. Hajat mahu makan epal segar petik dari ladang di Pahalgam sambil minum jus epal terbantut gara-gara laluan ke sana ditutup kerana pergolakan yang melanda sekarang ini. Pasrah, kami tukar ke laluan lain.

Wow, tak sangka, Dia hadiahkan memori yang paling cantik rupanya. Sebati dengan jiwa yang memang sukakan gambar human interest. Puas. Kawan yang lain pun sama. Tersenyum masing-masing membelek kamera.

Wah, adoi, ei, eh eh, mazbalay, tak pernah lekang disebut banyak kali. Pantang nampak kambing lalu, orang berjalan, hinggakan pada helang dan itik pun ada saja momen menarik diambil.

Tak pernah membayangkan sebegini cantik Kashmir. Celah inci setiap muka buminya memang buat rasa tak nak balik saja. Lebih lagi bila dapat jejak tempat shooting filem Notebook. Wei, awesome sungguh la hai. Paling bertuah, bila tiada ramai pelancong kali ini. Merata gambar ‘clean’ saja.

InsyaAllah, Kashmir selamat. Kita doakan sama-sama supaya ia kembali pulih, dan lebih ramai pelancong datang ke sini. Makan sedap, pemandangan mengasikkan memang menjanjikan kenangan terindah dalam memori. Kita sama-sama bantu mereka. Malah mereka sendiri sangat-sangat memuji setiap kali orang Malaysia datang ke sini. Barangkali sebab kita ni, boleh dikatakan kaki ‘shopping’ juga la kan.

Nah, saya paparkan sedikit momen menarik yang sempat kamera Sony RX100vi saya rakamkan. Kali ini lebih travel light sebab bawa orang.

Menakjubkan apabila setiap kali masuk, ada saja momen dan perhentian berbeza. Tidak pernah puas nak ke sini sebenarnya.

Zanariah Salam
Suka ambil gambar travel.

Ada banyak cara untuk hilangkan rasa bosan dengan gambar sharp dan nampak perfect sahaja yang selalu kita ambil.  Salah satu cara dengan cuba ambil gambar abstrak. Ia nampak menarik. Saya ceritakan cara nak buat.

1. Pergi mana-mana kawasan yang ada banyak pokok dan agak gelap sedikit. Ini sebagai contoh. Boleh cuba di mana-mana sahaja juga.

2. Setkan smartphone kepada manual mode. ISO paling kecil, boleh cuba dengan ISO 50 dahulu. Shutter speed paling perlahan, guna 1/4s untuk mula-mula. Kemudian turunkan lagi berkadaran dengan persekitaraan. Ini memang kena cuba jaya tau. Jika tiada manual mode, sesetengah smartphone ada expert mode. Gunakan yang itu.

3. Tekan shutter dan gerakkan telefon ke atas secara perlahan. Kena berhati-hati buat. Ini memang kena cuba jaya sebaiknya. Jangan putus asa.

4. Boleh terus cuba dan cuba dengan gerakkan ke kiri, kanan atau buat pusingan. Buat gerakan yang dapat menghasilkan kesan yang menarik. Ikut kreativiti masing-masing ya.

5. Akan dapat gambar seperti ini. Nampak macam oil painting kan?

Boleh lah berekperimen masa bosan tak tahu nak buat apa kalau berkelah kat tepi sungai ke, tepi air terjun ke yang ada banyak pokok.

Kalau dapat buat pada kelompok daun-daun yang berwarna-warni, akan dapat kesan gambar terhasil seperti oil painting. Tapi kalau buat kat tempat-tempat yang agak kusam warnanya akan dapat kesan gambar seperti pastel atau sketch pensil.

Cubalah. Seronok tau sebab ada banyak elemen abstrak yang boleh kita dapat.

Zanariah Salam
Boleh jadi pelukis kadang kala bila guna telefon ini, kan.

Ambil gambar waktu malam agak mengerikan buat mereka yang hanya ada smartphone sahaja. Saya pun sama.

Tapi ia boleh diatasi dengan cara begini. Saya sudah buat dan ia menjadi dengan baik sekali.

1. Bawa tripod.
Perlu sebab kita akan gunakan bukaan shutter yang agak perlahan. Jadi dengan adanya tripod, ia boleh mengelakkan gambar jadi bergegar-gegar.

2. Cari subjek yang menarik.
Kenal pasti lokasi yang kita nak ambil gambar. Ada cukup komposisi yang lawa. Boleh cuba di sungai seperti ini kalau kalian berada di Melaka.

3. Guna night mode.
Pergi ke setting kamera. Cari night mode. Sebelum itu pastikan sudah set timer dalam 2 saat pada telefon supaya ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan gegaran ketika tangan menyentuh telefon untuk mula tekan butang shutter.

4. Edit.
Boleh edit guna apps percuma yang ditawarkan oleh android ataupun ios macam snapseed, lightroom mobile dan vsco. Ada banyak lagi apps yang lain. Guna 3 ini pun dah okay. Masing-masing ada citarasa sendiri. Sesuaikan ikut kesukaan.

5. Cuba jaya hingga puas hati.
Benda macam ini memang kena praktis selalu. Baru kita tahu kelebihan yang ada pada telefon masing-masing.

Amacam? Mudah tak? Bolehlah cuba. Dah tahu, mudah untuk faham mengapa ambil gambar ini seronok sebenarnya. Dapat gambar lawa, mana tak seronok, ya tak? Jangan lupa tag la saya kalau berjaya dapat gambar cantik-cantik nanti.

Gambar ini guna Huawei P9. Set kepada night mode sahaja.

Nak tips lagi, follow lah fb saya okay. Sebarkan pada kawan-kawan dengan share posting ini. Semua happy dapat gambar lawa, saya pun sama.

Zanariah Salam
Kasi explore habis apa yang telefon sendiri boleh buat.

Awal Januari 2019 lepas ada ke Muar. Jarang sebenarnya ke sini kalau tidak ada apa. Bila sampai, WOW!, saya suka.

Sebab apa?

Ada benda dan subjek yang saya cari ada di sini. Puas lah memikir selama ini, rupanya kat Muar boleh jumpa. Tapi ini saya tak mahu cerita hari ini, lain kali okay.

Alkisahnya, lepas saya siapkan semua kerja, ada masa sikit, satu pagi itu, saya jalan-jalan keliling bandar Muar sambil ambil gambar street waktu pagi. Kononnya lah.

Tiba-tiba haruman sate dibakar menyusuk hidung.

“Sate? Waktu pagi kut, ada orang bakar sate ke?”

Baru teringat yang abang pernah kata, kat Muar ini, nak makan sate kena datang waktu pagi. Rare, sarapan pagi dengan sate. Hanya di Muar.

Wow. Ini sudah bagus. Terus masuk Kedai Sate Dhuha Bandar Maharani Muar. Paling menarik, kedai ini berkongsi rezeki dengan bangsa lain dan sama-sama berniaga dalam kedai hailam kopitiam. Boleh tengok pada tiang kedai. Ada tulisan cina di situ. Tambah satu poin untuk saya terus masuk ke kedai.

Kesukaan saya bila jumpa kedai-kedai yang macam ini. Rasa aura keharmonian sesama bangsa.

Unik lagi, kedai hailam kopitiam ini diasaskan lebih 80 tahun. Sudah 3 generasi meneruskan perniagaan ini dan usahasama sebegini masih lagi utuh hingga hari ini. Cerita menarik!.

Walaupun kedai hailam kopitiam, makanan pagi disediakan sepenuhnya oleh orang Melayu. Jangan risau. Mereka ada sediakan lontong, nasi lemak, mee rebus, soto dan sate. Ada sate daging, ayam, perut dan paru. Satu cucuk sate 70 sen. Padu rasa sate dia. Saya suka betul sate perut dengan paru.

Kalau makan di sini, sate dikira hanya yang dimakan sahaja. Jadi kalau order 10 cucuk, dan cuma makan 7 cucuk, bayar hanya untuk 7 cucuk sahaja.

Makanan lain pun sedap. Saya sempat makan lontong dengan soto. Lontong siap dengan kuah kacang dan dapat telur rebus sebiji tu. Lumayan rasanya dan memang kena dengan tekak saya. Rasa manis kuah kacang bercampur dengan rasa lemak kuah lontong memang buat hirup sampai licin lah. Soto pula makan dengan sambal kicap. Memang padu. Cukup rasa pedasnya, hirisan ayam dan kuahnya yang pekat. Ditambah minum dengan air milo. Memang membesar bagai johan lah. Kenyang perut sungguh.

Oh, ya. Kedai ini dibuka bermula dari 7 pagi – 12 tengah hari setiap hari kecuali hari Selasa. Artis Shahrol Shiro pun dikatakan selalu singgah makan di sini.

Nak ke sini macam mana?

Boleh waze atau buka google maps dan cari Sate Duha Kak Minah atau Jalan Sulaiman. Ia berhampiran dengan Muo Boutique Hotels.

Saya sarankan, kalian cuba makan sate di sini. Rasa keenakkan makanan paginya. Lihat harmoninya pelbagai bangsa datang makan di sini. Untuk ambil gambar, ini sesuatu yang menarik. Pasal budaya.

Nak makan sate waktu pagi, singgahlah ke Muar.

Zanariah Salam
Banyak makanan sedap dan asli masyarakat kita. Nikmatilah.

Gambar cantik dengan latar belakang dinding? Bolehkah?

Boleh dengan 5 tips mudah ini.

1. Cari dinding yang berwarna.
Posisikan subjek dalam R03 dan suruh dia berdiri ala-ala model.

2. “Frame” subjek dalam “frame”
Jadikan pintu sebagai frame dan letakkan subjek di hadapan pintu.

3. Bermain dengan “shadow”
Bereksperimen dengan bayang-bayang pagi. Cari mana-mana dinding yang boleh nampak bayang-bayang dan letakkan subjek.

4. Cipta emosi
Suruh subjek membuat aksi ceria di hadapan dinding yang berwarna-warni. Suruh lompat pun tak apa.

5. Guna props lain
Ambil basikal sebagai contoh bagi menambah seri dinding yang kosong dalam gambar.

Antara tips mudah yang saya kongsikan dalam NST, BOTS click!. Cari di muka surat 48 okay. Kasi serbu kedai beli surat khabar tau.

error: Content is protected !!