Tag

bengkel

Browsing

Apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19 ini setiap minggu ditambah waktunya, tentu sahaja buatkan ramai orang mulai risau dan runsing.

 

Ini adalah waktu yang sukar buat mereka yang tak biasa. Buat kaki travel, yang suka ambil gambar, tentu tepu duduk di rumah. Orang yang dah biasa jalan-jalan, keluar ambil gambar, sekali kena duduk lama-lama dalam rumah, akan rasa tak biasa.

Dan, tanpa kita sedari, kita sudah pun melaluinya 3 minggu lepas. Sedikit sebanyak kita sudah pun berjaya melepasi ujian ini. Bersabar lagi untuk 2 minggu lagi.

Tapi apa nak buat untuk tempoh 14 hari akan datang?

Buatlah sesuatu yang baru dengan penuhi masa yang ada, sehari 15 ke 30 minit dengan belajar tentang stokfoto. Ini khas buat mereka yang suka pada fotografi dan hendak jana sesuatu dengannya.

Tentu seronok apabila mendapat perkhabaran sebegini (rujuk gambar bawah) sebagai contoh.

Antara nilai belian yang dibayar oleh EyeEm kepada pembeli
Apabila gambar terjual akan dapat notifikasi seperti ini.
Apabila gambar terjual akan dapat notifikasi seperti ini.

Masa inilah kita tumpukan perhatian untuk menimbal balik gambar yang “berguna” atau tidak dalam hard disk atau ruangan galeri smartphone untuk sesuatu pulangan dalam mata wang asing. Satu USD bernilai hampir empat ringgit lebih sekarang.

Apabila gambar terjual akan dapat notifikasi seperti ini.

Jadinya, sebelum nak hantar gambar ke agensi, kenalah tahu

1. Apa itu stokfoto?
2. Mengapa stockfoto?
3. Description dan keyword?
4. Model Release
5. Do and don’t

Gali, sunting, muat naik. Ada waktu, gunakan apa yang ada dalam rumah mencipta paparan konten berguna untuk pembeli.

Dan banyak lagi perkara asas yang kena mahir. Lepas itu nah, masuklah gambar banyak-banyak.
Ambil panduan yang saya nak beritahu di sini sekarang. Klik terus di sini.  Secara online sahaja di mana-mana dan bila-bila masa mengikut waktu masing-masing. https://sekoolah.com/courses/asas-stok-fotografi/

Zanariah Salam
Buat sesuatu yang bermanfaat dengan fotografi

Terima kasih buat 9 orang wanita hebat untuk kelas “Photography Through Your Smartphone” bersama saya semalam di KL.

Bermula jam 8 pagi kita berjumpa dan bersuai kenal kemudian sesi briefing dan cara mengendalikan smartphone saya terangkan satu persatu.

Lepas itu kita gerak ke lokasi dan terus buat gambar mengikut misi dan matlamat kelas.

“Melihat” tempat biasa-biasa menjadi sedikit berbeza dalam gambar dipraktiskan satu demi satu.

“Cikgu, kenapa saya punya gambar tak macam akak tu”

“Cikgu, tunjuk sikit kompo macam mana?”

Penat berjalan, kita rehat dan review sedikit gambar. Kritik itu ini demi pembaikkan gambar seterusnya.

Teruskan membuat latihan hari demi hari hingga kita benar-benar mahir atas apa yang telah dipelajari tadi. Gear hanyalah alat. “Mata” itu yang perlu digilap selalu. Ingat, masing-masing punya kelebihan “melihat” yang harus dihargai.

“Ok cikgu, saya tahu dah sekarang, tak mudah rupanya, tapi bila dah tahu, ya ampun cikgu, seronoknya”

“Kan”

Sehingga kita semua berjumpa lagi. Jangan putus asa dan teruskan membuat latihan okay.

Zanariah Salam
Guru fotografi smartphone dan kamera anda, cewah. Okay, ada siapa nak belajar lagi?

10 orang peserta kelas “Photography Through Your Smartphone” berjaya sahut cabaran selama 6 jam ambil gambar dan cari cantiknya Johor Bahru melalui fotografi pada Sabtu, 1hb dan Ahad, 2hb Feb 2020 lepas.

Mula dengan sesi briefing tentang trik dan teknik setting smartphone, kita kemudian terus ke lokasi selepas itu.

Jalan tanpa henti. Lemak-lemak jahat pun mulai membakar diri apabila kita leka mencari gambar. Terima kasih, jasa anda dihargai sangat-sangat.

Syukur sungguh, cuaca bersahabat dan semua dapat gambar menawan hati. Paling tak sangka siap dapat ang pow sorang satu tanpa sengaja. Mahu lompat bintang rasanya. Semua senyum tersipu-sipu malu. Rezeki.

Bagaimana melihat subjek biasa-biasa menjadi berbeza dalam gambar, saya tekankan setiap satu.

“Kena ambil macam ini, tunduk sikit, low angle, low angle, ke kanan dua langkah, okay, sini lawa nih, tunggu subjek, tunggu, tunggu, exposure tu, jaga”

Begitulah. Tak jerit, cuma cakap saja.

Itulah seronoknya berada dalam kelas coaching kali ini yang semuanya wanita-wanita hebat. Dapat kawan baru, kenal antara satu sama lain dan gelak ketawa macam sudah kenal lama. Kerana suka fotografi, kita berukhwah begini. Apalagi bila dapat terus memahami asas komposisi yang membentuk gambar menarik jiwa. Paling tak boleh lupa, kita masuk ke lorong dan tepi kedai yang tak pernah sangka begitu cantik bila dalam gambar.

“Akak tak sangka cantik juga sini ya. Apasal tak pernah tahu ada tempat macam ini. Serius arr. Hari-hari lalu sini kut”

“Kak, kalau belum jejak 0KM, jangan claim cakap orang Johor tau”

“Haha”

Alhamdulillah. Bila masing-masing sudah dapat apa yang saya cuba sampaikan. Mencari keindahan sekeliling yang sering tak diambil peduli. Sudah tahu, ambil kau, ketagihan yang amat!.

Selepas ini, teruskan buat latihan saja. InsyaAllah, kalian semua boleh.

Ada yang nak sertai kalau saya buat lagi begini?

KL, JB, Melaka?. Boleh belaka khas buat anda semua, wanita hebat.

Zanariah Salam
Seronok jalan-jalan ambil gambar ini. Boleh dapat gambar menawan hati sambil buang lemak-lemak tak patut. Hehe

Alhamdulillah, selesai satu tugasan hari ini.

Terima kasih buat semua yang telah hadir bersama saya dalam “Explore the Hidden Beauty of Kukup Town (Johor) with SONY” kali ini.

Seramai lebih kurang 30 orang hadir dan masing-masing menerokai 2 kampung di Kukup, Kg Kukup Laut dan Kg Air Masin dari sudut pandangan berbeza. Apatah lagi apabila dibekalkan dengan kamera dan lens Sony yang dibawa.

Dan semoga perkongsian yang diberikan dapat memberikan sedikit idea untuk yang hadir terus berkarya. Melihat dan terus memerhati. Jadi pelancong dan pengembara yang ingin tahu. Akan dapat nampak banyak benda menawan hati depan mata nanti.

Insya-Allah, akan ada lagi program sebegini akan datang. Teruskan lagi ke https://www.sony.com.my/microsite/events/imaging untuk turut sama ikut mana-mana workshop yang ada. Berbaloi sungguh. Saya pun bermula dengan ikut sama mana-mana workshop Sony sebegini, sejak penghujung 2009. Belajar dan terus belajar dari mereka yang lebih berpengalaman dan kemudian tahu apa yang diri sendiri mahukan.

Akan ada lagi workshop bersama Sony Malaysia dan saya pada bulan Februari nanti, Insya-Allah. Terus rujuk dilink di atas ya, atau follow fb saya dan set “see first” untuk tidak ketinggalan informasinya.

Event percuma saja kawan-kawan. Dapat jumpa rakan-rakan dengan minat yang serupa, guna kamera dan lens Sony yang terbaru dan terus dapat latih ambil gambar bersama-sama.

Sehingga berjumpa lagi di workshop akan datang.

Dan, sekali lagi, terima kasih Sony Malaysia atas penganjuran event sebegini saban waktu dan juga pada agensi atas gambar behind the scene.

Zanariah Salam
Jadi pengembara dan pelancong ditempat sendiri.

Terima kasih buat semua yang telah hadir bersama saya dalam Street Photography with Sony RX pada hari ini, 29 Disember 2019.

Seramai lebih kurang 35 orang hadir dan masing-masing telah dapat merasai kamera dan lens Sony yang dibawa. Seronok kan dapat belai-belai dan guna teknologi yang ada pada kamera Sony, mudah untuk buat gambar menawan hati. Ada A9, A7iii, A7R, RX100vi, RX100vii, A6600, A6400, dan pelbagai lens yang best-best tadi.

Dan semoga perkongsian yang diberikan dapat memberikan sedikit idea untuk yang hadir terus berkarya. Melihat dan terus melihat. Akan dapat nampak banyak benda best sangat depan mata nanti.

Insya-Allah, akan ada lagi program sebegini akan datang. Rajin-rajinlah ke https://www.sony.com.my/microsite/events/imaging untuk turut sama ikut mana-mana workshop yang ada. Berbaloi sungguh. Saya pun bermula dengan ikut sama mana-mana workshop Sony sebegini, sejak penghujung 2009. Belajar dan terus belajar dari mereka yang lebih berpengalaman dan kemudian tahu apa yang diri sendiri mahukan.

Kita ada lagi workshop sebegini lagi bersama Sony Malaysia dan saya, “Explore The Hidden Beauty of Kukup Town with Sony” pada 11hb Jan 2020, di Kukup, Pontian, Johor.

Boleh terus daftar di link di atas dan hadirkan diri pada tarikh tersebut bermula jam 8.30 pagi – 1 petang.

Event percuma saja kawan-kawan. Dapat jumpa rakan-rakan dengan minat yang serupa, guna kamera dan lens Sony yang terbaru dan terus dapat latih ambil gambar bersama-sama.

Daftar yuk.

Jumpa lagi nanti ya. Dan terima kasih. Sokongan anda semua sangat sangat saya hargai.

Sekali lagi, terima kasih Sony Malaysia atas penganjuran event sebegini saban waktu.

Zanariah Salam
Guna Sony sejak penghujung 2009. Lama tu.

error: Content is protected !!