10 orang peserta kelas “Photography Through Your Smartphone” berjaya sahut cabaran selama 6 jam ambil gambar dan cari cantiknya Johor Bahru melalui fotografi pada Sabtu, 1hb dan Ahad, 2hb Feb 2020 lepas.
Mula dengan sesi briefing tentang trik dan teknik setting smartphone, kita kemudian terus ke lokasi selepas itu.
Jalan tanpa henti. Lemak-lemak jahat pun mulai membakar diri apabila kita leka mencari gambar. Terima kasih, jasa anda dihargai sangat-sangat.
Syukur sungguh, cuaca bersahabat dan semua dapat gambar menawan hati. Paling tak sangka siap dapat ang pow sorang satu tanpa sengaja. Mahu lompat bintang rasanya. Semua senyum tersipu-sipu malu. Rezeki.
Bagaimana melihat subjek biasa-biasa menjadi berbeza dalam gambar, saya tekankan setiap satu.
“Kena ambil macam ini, tunduk sikit, low angle, low angle, ke kanan dua langkah, okay, sini lawa nih, tunggu subjek, tunggu, tunggu, exposure tu, jaga”
Begitulah. Tak jerit, cuma cakap saja.
Itulah seronoknya berada dalam kelas coaching kali ini yang semuanya wanita-wanita hebat. Dapat kawan baru, kenal antara satu sama lain dan gelak ketawa macam sudah kenal lama. Kerana suka fotografi, kita berukhwah begini. Apalagi bila dapat terus memahami asas komposisi yang membentuk gambar menarik jiwa. Paling tak boleh lupa, kita masuk ke lorong dan tepi kedai yang tak pernah sangka begitu cantik bila dalam gambar.
“Akak tak sangka cantik juga sini ya. Apasal tak pernah tahu ada tempat macam ini. Serius arr. Hari-hari lalu sini kut”
“Kak, kalau belum jejak 0KM, jangan claim cakap orang Johor tau”
“Haha”
Alhamdulillah. Bila masing-masing sudah dapat apa yang saya cuba sampaikan. Mencari keindahan sekeliling yang sering tak diambil peduli. Sudah tahu, ambil kau, ketagihan yang amat!.
Selepas ini, teruskan buat latihan saja. InsyaAllah, kalian semua boleh.
Ada yang nak sertai kalau saya buat lagi begini?
KL, JB, Melaka?. Boleh belaka khas buat anda semua, wanita hebat.
Zanariah Salam
Seronok jalan-jalan ambil gambar ini. Boleh dapat gambar menawan hati sambil buang lemak-lemak tak patut. Hehe
Comments are closed.