5 TIPS MUDAH AMBIL GAMBAR MENARIK GUNA SMARTPHONE

45

Jika kita ada smartphone sahaja tetapi minat nak ambil foto menarik, ini antara cara yang boleh digunapakai.

1. Cari Sumber Cahaya
Tiada foto tanpa cahaya. Fotografi berkait rapat dengan sumber cahaya. Perhatikan dimana sumber cahaya yang berada disekeliling sebelum memetik butang shutter kamera. Lihat dari arah mana cahaya itu. Dari situ barulah kita bergerak mencari komposisi yang menarik berdasarkan cahaya yang hadir.

2. Jaga Pegangan Tangan
Smartphone sangat sensitif kepada pergerakan terutamanya ketikanya kurangnya cahaya. Pegang dengan kemas dan sebaiknya jika ambil foto waktu malam, gunakanlah tripod.

3. Jangan Gunakan Zoom Digital
Kurangkan atau elakkan menggunakan zoom ketika ambil foto. Lensa pada smartphone bersifat digital dan bukannya optikal. Oleh itu, sebaiknya gunakan zoom kaki, iaitu kita yang bergerak ke hadapan ke arah subjek. Namun jika guna iPhone 11 pro ke, huawei P30 pro ke, Mi Note 10 pro ke, okay saja. Hehe.

4. Bersihkan Lensa Kamera
Paling utama sekali. Lensa kamera diibaratkan mata manusia. Tanpa lensa yang bersih, akan menjadikan foto kelihatan kabur. Sentiasa bersihkan lensa kamera dengan kain lap cermin mata.

5. ON kan Gridline dan Gunakan RO3
Perkara asas utama dalam komposisi adalah Rule of Thirds (RO3). Dengan meletakkan subjek dipersilangan antara dua garisan melintang dan dua garisan menegak boleh menjadikan foto yang dibuat lebih cantik. Ini adalah asas yang utama. Namun, ia juga bergantung kepada situasi foto. Adakalanya RO3 digunakan sebagai asas dalam mendapatkan foto yang seimbang.

Dapat sesuatu?

Zanariah Salam
Suka berkongsi cara mudah nak “melihat” dengan smartphone.

Comments are closed.