Author

zanariah salam

Browsing

Pernahkan anda terfikir bahawa kita boleh menjual foto-­foto dan video-­video yang kita ambil hatta menggunakan telefon pintar sekalipun dalam media sosial terutamanya sekali EyeEm? Hanya berbekalkan seringkas peralatan fotografi yang mempunyai sekurang-­kurangnya 2MP, kita mampu meraih pendapatan dalam matawang USD.

Semua itu hanya di hujung jari. Janji pandai mengambil foto, tahu asas fotografi dan juga bijak menggunakan media sosial yang ada.

Banyak agensi antarabangsa stokfoto tersedia dalam memasarkan konten foto dan video anda ke pembeli yang memerlukan.

Salah satunya adalah EyeEm. Ia adalah salah satu platform media sosial yang wujud sejak awal tahun 2010. EyeEm pada dasarnya diasaskan oleh satu kumpulan anak muda yang ingin mengetengahkan konsep mobile photography dalam satu pertandingan fotografi dan penganjuran pameran di Berlin.

Kemudian, ia terus berkembang menjadi platform untuk fotografer menjual hasil karya dan dibeli oleh merata pembeli yang berkehendakkan gambar-gambar yang menarik.

Ebook “Ada Apa Dengan EyeEm’ ini ada mengupas bagaimana menjana pasif income dengan fotografi dan seterusnya membina portfolio diperingkat antarabangsa secara online. Ia lengkap menceritakan bagaimana hendak bermula, tips-tips penting yang perlu diketahui dan juga FAQ yang biasa ditanya. Ebooknya disusun ringkas dan mudah untuk difahami.

Menarik? Bagaimana mahu membeli?

Boleh terus ke pautan di https://gobokbuku.com/product/ada-apa-dengan-media-sosial-eyeem/. Semudah ABC, kalian akan terus dapat ebook ini selepas pembayaran dibuat.

Jom sama-sama kita menimba ilmu baru dan mana tahu ada rezeki dari sekeping gambar yang tersimpan dalam hard disk ataupun telefon itu.

Diwaktu begini, ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlaku (18 – 31 Mac 2020) kerana virus Covid 19, mungkin ada antara kita yang sudah mula panik. Motivasi down terus. Macam-macam hal berlaku tanpa kita rancang dari awalnya. Mana yang sangkut kat kampung sejak cuti sekolah bermula dan tak boleh balik ke kota, mana yang risau pada keluarga di kampung dan sebagainya. Semua serba tak kena.

Menurut Irfan Khairi dalam live nya semalam, beliau mencadangkan 3 cara ini untuk meningkatkan motivasi ketika ini.

1. Positifkan minda kita
Jauhkan semua benda-benda negatif yang mengganggu minda kita untuk kekal positif. Jika perlu blok, unfriend, unfollow mana-mana posting yang negatif, terus buat saja. Sentiasa kekal positif. Tak perlu tengok sangat angka yang meningkat naik. Sesekali oklah. Jika berterusan ia akan buatkan kalian lagi panik dan sedih, kurangkan lah. Cuba buat.

2. Lakukan benda baru yang boleh naikkan keinginan kita.
Lebih-lebih dalam situasi begini. Perkara yang pernah saya beritahu dalam posting terdahulu. Boleh bermula dengan buat benda yang hendak sangat kita buat dahulu, namun ada kekangan masa, jadi ketika inilah mungkin masanya. Membaca sebagai contoh. Ambil sedikit masa dalam 30 minit sehari untuk fokus ambil satu buku dan mula membaca. Saya mulakan dengan #misi14hari dengan baca buku dan kemudian buat ulasan tentang buku yang dibaca. Kesannya, ada penambahan kosa kata dan cara menyusun ayat. Lebih banyak membaca, kita akan jumpa banyak perkataan dan ia akan tertanam dalam minda kita secara tak langsung. Sama juga dengan perkara lain.

3. Tetapkan gol atau matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh 2 minggu atau sebulan akan datang.
Kenapa 2 minggu atau sebulan? Sebab kita mahu tempoh yang lebih pendek supaya lebih mudah untuk kita gapai. Bila semakin hari semakin mendekati tarikh matlamat, kita akan semakin bersemangat untuk terus kekal bermotivasi. Buat setiap hari tak sabar nak capai. Salah satu contoh mungkin dengan mula berkebun. Tanam apa saja sayuran. Kemudian lepas sebulan, lihat hasilnya. Mana tahu, rupanya tangan kita serasi betul bercucuk tanam. Kan dah dapat satu kelebihan tak disangka di situ.

Macam mana? Boleh buat tak? Nampak macam remeh kan. Tapi bila difikir kembali, ada logiknya di situ. Apa kata, cuba buat dulu. Tak cuba tak tahu, kan.

Zanariah Salam
Mulakan, jika tidak, kita tak tahu kelebihan diri yang ada.

Buku ke-empat dalam #Misi14hari saya.

Projek Bibliofil.

Buku ini saya beli pada awalnya sebagai pemangkin untuk kekal fokus membaca. Ia menceritakan bagaimana memupuk amalan membaca yang praktikal dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sekaligus melawan mitos bangsa malas membaca.

Iya, kita semua sibuk. Hal kerja, hal belajar, hal rumah, hal keluarga. Namun, jika ada sekelumit rasa mahu membaca, kalian harus dapatkan buku ini untuk terus menggerakkan momentum membaca itu bagaimana.

Boleh bermula dengan membaca buku yang ringkas, yang nipis, yang kita suka. Antara tips yang dikongsikan dalam buku ini ialah

1. Ulasan buku
Rujuk mana-mana pembaca yang telah mengulas buku yang telah dibacanya. Saya gunakan ia sebagai rujukan utama. Seperti yang saya lakukan lah. Saya cuba mengulas setiap buku yang telah saya baca sebagai tanda faham apa yang dibaca. Ia juga medan untuk saya berlatih. Kerana setiap orang punyai kesukaan dan kegemaran yang berbeza. Jadinya perlu bijak memilih.

2. Pendahuluan dan bab 1
Baca 2 ini dahulu untuk tahu keserasian buku itu dengan kita. Kadangkala, untuk saya, saya akan selak ke beberapa bab yang lain ataupun lihat pada isi kandungan buku tersebut. Blurb pun memainkan peranan dalam meletakkan buku yang diambil terus dibayar di kaunter ataupun dikembalikan semula pada rak.

3. Tiru tokoh dan usahawan
Lihat mana-mana tokoh yang kita kenali. Majoriti daripada mereka memang membaca. Lihat buku yang mereka baca. Dari situ kenali dan belajar memilih buku yang sesuai.

4. Buku malar segar
Kategori buku ini biasanya yang mendapat anugerah dari badan berkanun tak kira dalam atau luar negara. Lihat pada kulit buku dan kita akan tahu daripada situ.

5. Adaptasi filem
Jika ikutkan trend di Indonesia, mereka akan keluarkan filem dahulu barulah buku/novel. Berbeza dengan budaya kita di Malaysia, yang mana, kebanyakkan filem atau drama banyak diadaptasi daripada novel. Tak kisah yang mana satu, kerana apabila kita suka menonton filem, pastinya kita akan teruja apabila membaca novel tersebut. Tetiba saya teringat pada drama “7 Hari Mencintaiku”. Novel tersebut sudah lama saya beli dan baca sebelum drama tersebut disiarkan lagi. Kemudian tup-tup ada pula drama di TV, apalagi, ambil kembali novel tersebut dan baca kembali.

6. Relevan dengan tujuan
Kerana kita punya limit masa untuk buat benda yang lain pula, pilihlah buku yang sesuai dengan genre yang kita mahu tahu. Namun jika memang punya banyak masa seperti sekarang ini, bolehlah baca apa juga yang ada dalam simpanan. Sekurang-kurangnya kita dapat menambah sesuatu ilmu baru setiap hari.

Sebenarnya ada banyak lagi tips yang dikongsikan dalam buku ini. Disarankan untuk kalian ada sebuah. Tak rugi beli. Bila baca buku ini, macam-macam idea keluar dalam kepala. Hehe.

Terus ke sini untuk membuat pesanan melalui laman web di https://www.jejaktarbiah.com/product/projek-bibliofil/

Fuh, tak sangka, sudah 4 buku setakat ini.

Okay buku seterusnya.

Zanariah Salam
Membaca bukan untuk berlumba, tapi untuk menambah ilmu baru setiap hari.

Ini adalah buku ketiga dalam kempen yang saya buat sendiri untuk #Misi14hari.

Buat yang bertanya, apa itu #misi14hari, ia adalah aktiviti yang saya lakukan sendiri dalam melihat kemampuan diri boleh menghabiskan berapa banyak buku dalam tempoh 14 hari ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia bermula dari 18 – 31 Mac 2020 berikutan kes Covid 19 yang terus meningkat. Selain itu, ada juga kerja-kerja lain yang dilakukan berkadaran dengan masa dan ruang sepanjang #misi14hari ini. Itu nanti saya ceritalah.

Buku ketiga yang saya pilih kali ini adalah buku bergambar yang dikeluarkan oleh National Geographic. Setelah 2 buku sebelum ini lebih kepada pembacaan teks, saya rehatkan mata dengan melihat gambar-gambar pula kali ini. Segarkan mata dan minda memproses mengambil input-input penting yang boleh menambahbaikkan lagi seni melihat sedia ada.

Buku ini dibeli ketika BBW (Big Bad Wolf) di Johor Bahru tahun 2019 lepas. Setiap kali ke BBW, ruangan fotografi yang akan saya tuju dahulu. Mencari buku-buku Nat Geo, Magnum, dan buku-buku bergenre photojurnalism. Paling istimewa ketika kunjungan ke BBW, buku-buku begini berkulit keras (hard cover). Sesuatu yang saya suka sangat.

Dalam buku ini yang terdapat hampir 335 mukasurat berwarna, kesemua gambar yang dipaparkan adalah gambar-gambar popular yang dipaparkan dalam Instagram Nat Geo itu sendiri. Boleh follow akaun IG Nat Geo lepas ini.

Ini antara gambar yang saya suka tengok. Simple tapi penuh erti gambar tangan ini.

Leka melihat keseluruhan gambar dalam buku ini. Semuanya ya ampun, tak terkata. Setiap satunya membawa mata saya melihat visual perjalanan kehidupan dalam planet ini. Dari kawasan perumahan, tepi gunung, cityscape, dalam laut, dalam hutan dan macam-macam lagilah.

Setiap visual gambar yang dipaparkan terus dekat rasa dihati. Cara mereka mengkomposisikan subjek, berada di lokasi yang betul dan ambil momen yang benar-benar sempurna memang mengagumkan.

Setiap satu gambar saya belek dan perhatikan susunan subjek dan cerita yang ingin disampaikan. Dari situ terus belajar,

“Oh begini sudutnya”
“Ooo dia buat kompo macam ini, patutlah lawa gambar ini”
“Tengok momen nih!”

Iya, saya belajar dengan melihat gambar orang lain yang saya suka tengok. Dari situ kaji dan buat rujukan. Ambil tahu, kenapa, apa sebab dan mengapa. Tanya pada diri, dan kemudian dari situ perlahan-lahan hadam dan semat dalam kepala. Sebab kadang-kala, rutin harian yang kita nampak depan mata hari-hari itulah, sebenarnya mampu mencipta gambar yang paling menarik sekali dalam diari kehidupan kita. Siapa tahu kan, tak cuba tak tahu.

Zanariah Salam
Setiap hari belajar benda baru.

 

Ini buku kedua dalam #misi14hari. Terusir, karya daripada HAMKA.

Kisah seorang perempuan yang bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Diceraikan suami akibat fitnah, hidup sendirian, menjadi pembantu rumah pada orang Belanda dan kemudian berkahwin lagi.

Langit yang diharapkan bersinar cerah mendung kembali apabila suami baru yang diharapkan, menganiayanya hinggakan kehidupan beliau bertambah melarat dan terjerumus ke tempat yang tak sepatutnya.

Setianya seorang isteri yang tidak berbelah bagi pada suami diperkotak katikkan tanpa usul periksa. Hilang percaya seorang suami pada isteri hanya pada satu kejadian. Tanpa usul periksa, anak kehilangan kasih sayang ibu.

Akhirannya, si anak berjumpa ibunya tanpa beliau sedar. Ada kata-kata si anak yang sangat deep pada akhir buku ini. Kalian kena baca sendiri kalau nak tahu.

Kerana itulah pentingnya sabar dan selidik dahulu sebelum bertindak apa-apa. Siasatlah sehabis baik jika berlaku apa-apa. Kelak, kau juga yang akan menyesal jika ianya adalah fitnah semata-mata ataupun atas kerana kekhilafan sendiri.

Buku nipis ini boleh habis dibaca sehari saja kawan. Boleh terus dapatkan di Jejak Tarbiah melalui laman web https://jejaktarbiah.com/. Dengar kata daripada pengasasnya Saadiah, ada potongan sehingga 20% lagi sempena #DIAMBERSAMABUKU dari 18 Mac – 31 Mac 2020. Mari-mari dapatkan buku-buku lain yang menarik di situ. Cubalah klik tengok.

Saya sudah baca buku ini. Awak?

Ok, buku seterusnya.

Zanariah Salam
Ini #Misi14hari saya, awak, bagaimana pula?

Buku yang baru habis dibaca. Ambil peluang sebaik mungkin ketika, “stay at home” kan.

Ia antologi 18 kisah tentang pejuang kesihatan mental yang dialami sendiri penulis atau ahli keluarga mereka.

Stigma masyarakat yang mengatakan sakit mental itu gila, namun hakikatnya ia adalah satu bentuk kesakitan seperti sakit yang lain, cuma beza ia tak nampak secara luaran. Ada perkara yang perlu kita cakna apabila melihat kawan termenung, stress berlebihan, bercakap sendiri, kemurungan dan seumpamanya.

Buku yang mengandungi kisah dan bagaimana pejuang ini berusaha untuk pulih. Malah ada diselitkan juga nota khas daripada psikologis dan psikiatris yang boleh dijadikan panduan.

Tak lupa, ada cerita yang mana rumah dan keluarga sendiri menjadi punca kesihatan mental berlaku. Serius. Ia mungkin nampak remeh, tapi bagaimana cara kita berinteraksi dengan anak-anak masa kecil boleh mempengaruhi corak kesihatan mental mereka secara tak sedar hingga mereka dewasa. Setiap manusia, tidak sama cara berfikir. Berbeza. Tak usahlah untuk melabelkan sama untuk semua.

Ambil peduli, selami kisah mereka dan kita akan lihat benda yang hampir serupa berlaku depan mata, di pejabat, di rumah malah di kawasan kejiranan kita.

Di era zaman serba maju, semua hendak cepat, semua guna teknologi, ada perkara yang kadang kala kita terlepas pandang untuk diambil peduli. Mental kita kawan-kawan. Stress, depress, burnout, anxiety, itu semua jangan dibuat main.

Bacalah buku ini. Projek Orkid : Masih Ada Yang Sayang, Kisah Pejuang Kesihatan Mental yang boleh kalian perolehi terus di duapenulis.com atau berhubung terus dengan penerbit, Norsa’adah Ahmad untuk dapatkan senaskah.

Sudah alang-alang buka laman web duapenulis.com itu, saya sarankan untuk kalian jengahlah buku-buku yang lain. Ada banyak buku menarik di situ. Sungguh.

Tahniah buat Siti Suhaila Samian, kak Noor Jahan Ebrahim dan Adid Rashed atas penulisan kalian dalam buku ini.

Saya sudah baca buku ini.

Ok, buku seterusnya, sila beratur, jangan beralih. Hehe.

Zanariah Salam

14 hari telah diperuntukan oleh kerajaan untuk mengawal penularan virus Covid 19 daripada terus menerus merebak. Bermula daripada 18-31 Mac 2020, semua orang perlu berada di rumah masing-masing dan mana-mana yang bekerja diwajibkan untuk “Work From Home” atau bekerja daripada rumah. Tempoh bertenang 2 minggu yang banyaknya perkara boleh dibuat.

Inilah waktu

1. Untuk refleksi diri. Lihat dengan positif apa yang berlaku. Tak usah nak menuding jari. Terus fikir positif dan berdoa semua ini akan berakhir dengan baik sekali dan secepat yang mungkin.

2. Untuk merancang kembali kerja-kerja yang tertangguh. Catat satu persatu apa yang perlu difokuskan dahulu. Baca buku wei. Boleh tambahkan kosa kata dan input ilmu berguna. Saya sendiri mengambil inisiatif untuk melakukan cabaran #misi14hari dengan salah satunya membaca buku. Dalam tempoh 14 hari ni, cuba lihat berapa banyak buku sudah dibaca. Buat fotografer, ini mungkin masa terbaik untuk memuat naik gambar dan video yang diambil ke agensi stokfoto.

3. Untuk mengukuhkan semula jaringan idea yang samar menjadi lebih baik. Cantumkan semula idea yang menyinggah menjadi realiti. Idea A, B, C semua itu boleh dilaksanakan. Tak cuba tak tahu. Dah cuba, mana tahu ia pencetus sesuatu. Ini serius memang boleh dibuat, janji kena fokus.

4. Untuk menjadi lebih kreatif dalam penghasilan kraftangan. Ambil kertas dan buatlah origami ke, lukisan ke, atau apa saja. Ini sesuatu yang buat aku teruja sebenarnya nak buat, sebab rasa syok habis jadi budak balik wei. Haha. Cubalah ambil kertas A4 dan buatlah kapal terbang.

5. Untuk lebih dekat dengan keluarga. Makan pagi hingga petang sama-sama. Tengok tv sama-sama dan main aktiviti indoor sama-sama. Habis aku kena ajak main permainan orbit selalu ni. Haha.

Dan buat kawan-kawan yang sudah “work from home” bermula hari ini, jaga kesihatan dan jaga diri semua.

InsyaAllah. Kita doa yang baik-baik.

Soalan :
Saya tak boleh keluar rumah selalu. Alangkah baiknya kalau ada kerja yang boleh saya buat di rumah. Saya minat menulis.

Jawapan :
Boleh sahaja. Bagus sangat-sangat tu. Boleh bermula dengan menjadi penulis upahan atau ghostwriter. Ada banyak ruang dan peluang yang terselindung. Duduk rumah, buat mindmap, ada ratusan idea yang boleh dijana menjadi tempat penuhkan poket.

Cuba tengok contoh begini yang mana mereka memerlukan penulis upahan atau ghostwriter untuk menulis bagi pihak mereka.

1. Tokoh yang perlukan khidmat penulis untuk siapkan teks ucapannya.

2. Artis yang perlukan khidmat penulis untuk update tips kehidupan, produk, servis di status FB untuk rujukan peminat dan pelanggan mereka.

3. Tokoh bisnes yang membayar penulis untuk kumpulkan status FB mereka menjadi sebuah buku.

4. Tokoh politik yang inginkan kisah hidupnya diabadikan sebagai sebuah memoir simpanan keluarga dan cucu cicit keturunannya.

5. Syarikat yang perlukan khidmat penulis menyediakan SOP untuk syarikat mereka.

6. Agensi kerajaan yang mahu bukukan semua rekod dan laporan jabatan mereka sepanjang tahun berkhidmat.

7. Pemilik bisnes perlukan seorang penulis upahan untuk siapkan artikel website mereka selama setahun atau lebih.

Dan banyak lagi kisah belakang tabir kerja-kerja penulis upahan. Semakin digali, semakin banyak kerja yang boleh dibuat.

Sebuah buku contohnya sangat penting kerana ia adalah branding kepada diri si pemiliknya (individu atau organisasi).

Benarlah ya di belakang seseorang yang berjaya itu ada sosok tubuh yang tidak dikenali mendokong perjuangan mereka. Itulah tugas seorang penulis upahan atau ghostwriter.

Ini salah satu bidang kerja yang boleh dibuat di rumah oleh sesiapa sahaja yang minat menulis.

Tak kira sama ada

Anda surirumah yang mahu jana pendapatan dengan menulis?

Anda seorang digital nomad yang kerjanya berjalan ke sana ke mari?

Anda bakal pesara atau pesara yang mahu isi masa dengan menulis dan dapat hasilnya?

Siapkan tulisan, hantar pada client, dibayar hasil kerja. Mudah kan?

Malah boleh dibuat di mana-mana sahaja. Perlu tahu bagaimana hendak bermula dan apa persediaannya.

Bermula semudah dengan lanjutkan di sini untuk tahu lebih lanjut. Serius, ini antara sesi pembelajaran yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan hanya dari rumah sahaja. Cubalah.

Zanariah Salam

Satu lagi lokasi dalam Johor yang saya suka adalah di Kong Kong, Masai, Johor. Terletak 35km daripada Plaza Tol Cahaya Baru, Lebuhraya Senai Desaru, ia pastinya menjanjikan percutian terbaik untuk kalian sekeluarga.

Umum tahu di sini memang terkenal dengan hidangan seafoodnya. Ada udang, ikan, ketam yang dibuat shell out memang lumayan sungguhlah. Makan bertambah-tambah siap tak pandang kanan kiri kerana asyik benar menikmati hidangan. 

Apatah lagi kalau datang awal pagi, dan kemudian lihat matahari terbit daripada sini. Memang serius lawa sangat. Buktinya, tengoklah pada gambar-gambar ini.

Kalau nak ikutkan, ada benda lagi yang menarik di sini. Merentasi Sungai Johor dengan naik cruise. Pernah ikut sama? Nak tahu?

Dengan naik cruise, kita boleh layan tengok pemandangan cantik pokok kayu bakau sepanjang sungai. Tenang saja tengok. Damai suasananya. Hilang rasa tekanan melihat hijaunya flora di sini. Malah dari satu sudut boleh nampak Jambatan Senai Desaru di celah-celah paya bakau ini. Awesome sangat wei gambarnya. 

Kalau bernasib baik, sesekali itu akan nampak nelayan menjala ikan di sini.

Dan paling tak sangka, ada satu pantai cantik terselindung di sini. Pantai Pasir Choban namanya. Memang lokasi strategik nak posing posing sakan depan kamera dengan berlatarbelakangkan Jambatan Senai Desaru. Nanti pemandu pelancong akan tunjukkan demo bagaimana mahu menjala ikan di sini. Ambil peluang untuk sama-sama buat aktiviti begini. Seronok wei, bila tahu cara nak lilit jala di tangan sebelum nak menjala. Buat budak-budak, memang terujalah. Mana ada benda begini di bandar. Ye tak?

Tak habis di situ, dalam perjalanan pulang dengan menaiki cruise, kita akan merentasi Jambatan Senai Desaru yang menjadi antara ikon kebanggaan Kong Kong. Selama ini kita lalu jambatan ini dengan pengangkutan darat, kali ini kita lalu bawah jambatan dengan pengangkutan air, guna cruise. Memang mengasyikkan menikmati semua ini yang selama ini tak pernah tahu pun. Serius, tambah lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa muka. Allah, nikmatnya.

Tempat cantik, pemandangan menyenangkan, apatah lagi ia di dalam Malaysia wei. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Tahun melawat Johor 2020 apa kata bawa keluarga ke sini menikmati semua ini. 

Oh ya, kalau mahu bermalam dan memancing di sini pun boleh. Ada chalet terapung mereka sediakan. 

Terus hubungi Puan Salbiah di

No tel : 013-723 5350

Fb page : Kongkong Eco Tourism

Google map : https://goo.gl/maps/kfBgLy48kZuRUZfj7

 

Zanariah Salam
Pusing keliling tempat sendiri untuk ambil tahu.

 

Buku baru yang saya baca. Ia tentang perjalanan penulis ke 9 destinasi di Asia dengan sudut pandang berbeza dalam mencari jati diri setiap perjalanan.

Saya tertarik membelinya kerana blurbnya. Terus tangan ambil sebuah dan masukkan dalam bakul. Bukunya nipis, okay, senang mahu habiskan dalam masa sehari, fikir saya. Tapi ternyata salah. Berhari-hari juga mahu habiskan kerana kekangan masa yang ada. Akhirnya success juga ya. Syabas buat diri sendiri okay.

Tersusun, ringkas dan padat setiap ayat. Bertemu bangsa asing, dengan berbeza bahasa, sesat dan akhirnya dibantu orang tempatan. Menarik setiap perjalanan yang beliau susun dalam buku travel diari ini.

Entah, saya suka benar dengan lenggok ayat yang ditulis. Setiap orang punya citarasa masing-masing bukan?

Tidak dipenuhi dengan tips how to, tapi menyediakan cerita apa yang beliau temui dari setiap perjalanan. Memburu cahaya demi kesegaran jiwa.

Buku yang sesuai dibaca saat ini, sambil melihat koleksi hard disk menimbun yang minta dibelek. Tersenyum sendiri bila teringat kenangan travel dulu-dulu dan mulalah berangan sesuatu.

Zanariah Salam
Berangan itu indah sekali sambil kita kemaskini website okay.

error: Content is protected !!