PANIK DI BROMO INDONESIA

77

Sampai di Bromo, selesai letakkan semua beg dalam bilik hotel, kami berjalan sekitar kampung.
Sejuk yang amat. Sudah berlapis baju dan seluar pakai, masih sejuk.

Tapi tak apa, fokus mahu penuhkan ruang memori kad, gigih berjalan mengikut kawan-kawan. Sambil jalan, sambil berborak.

Dapatlah beberapa momen yang menarik. Yang salah setting pun banyak. Haha, begitulah, resam dalam kehidupan.

Paling seronok pengalaman yang ditimba. Tak ada di mana-mana.

Travel juga menguji tahap diri. Selama ini rasa okay je, maklumlah jalan-jalan di Malaysia. Tapi bila di Bromo, Indonesia memang tak sama. Walau dalam Nusantara, cuaca, udara berbeza.

Asyik ambil gambar, maklumlah, jumpa subjek best, tak sedar langit sudah bertukar gelap.
Udara semakin nipis. Sejuk jangan cakap, terasa hingga ke tulang. Waktu ini kalau dapat air panas hangat, memang nikmatnya tak terkata. Tapi itulah, realitinya tak seindah apa yang dibayangkan.
Kemas beg dan kami pun mula beredar untuk balik ke hotel.

Bila sudah gelap, udara semakin nipis. Jalan sikit, sudah mula mengah. Nafas laju ja. Kawasan sini pula beralun. Naik dan turun. Tanah tinggi sikit dah rasa penat yang amat bila berjalan. Jalan dua tiga langkah, berhenti. Tarik nafas. Seumur hidup tak pernah macam ini. Macam minta nyawa wei. Panik.

“Nazri, ko ada bawa air, aku nak minta air masak ko sikit. Tak tahan lah”

Fuh, lega bila dapat seteguk air. Sejuk ja rasa air tu kat tekak. Tak apalah, asalkan dapat air, walaupun air itu dah macam ais, sejuk ya ampun.

Jalan perlahan-lahan lagi. Rasa jauh betul nak nampak bayang hotel. Padahal, tak la jauh bebenar pun jaraknya. Nampak permainan mental dan emosi di situ mula terganggu. Sekaligus, fizikal pun rasa tak ada upaya.

Akhirnya, tiba juga ke hotel. Tak jadi apa-apa yang menakutkan. Syukur.

Ah, kenangan sungguh la.

Sebab gambar inilah. Sudah 7 tahun (gambar ini diambil pada 2014), tapi masih segar dalam ingatan.

Comments are closed.