APA TARIKAN SAYA MAHU KE JODHPUR?

35

Tarikan kuat saya mahu ke Jodhpur adalah kerana gambar Steve McCurry yang merata berlegar di laman internet. Umum tahu, bagaimana gambar beliau. Setiap satunya ada karakter yang tersendiri. Perhatikan betul-betul.

Walau ada yang mengatakan ada antara gambar-gambar beliau banyak yang stage atau set-up, pada saya  ia tetap sesuatu yang menarik untuk kita belajar tentang fotografi.

Antaranya gambar ini. Seorang budak berlari di salah satu lorong dengan ada tompokan bekas tapak tangan berwarna merah di dinding biru.

Jodhpur,  “The Blue City”,

Gambar ini nampak biasa saja diawalnya, cuma kalau diperhatikan secara teliti, ada sesuatu yang menarik dalam pandangan.

Nampak sesuatu?

Gambar Steve McCurry

Lihat pada kaki budak ini yang tak jejak tanah. Kedua-dua kakinya terangkat seolah-olah budak ini terapung. Inilah antara wow faktor dalam sesuatu gambar.

Dan gambar ini tak dapat dengan sekali petikan shutter. Saya pasti beberapa kali diambil hingga yang terbaik beliau pilih dan tunjukkan pada khalayak ramai.

Ini menunjukkan, untuk menghasilkan satu gambar yang baik, kita perlu bersedia untuk ulang kali tanpa lelah. Tak dapat hari ini, esok cuba lagi. Jangan putus asa.

Yang penting usaha. Lama-lama diasah dan ditambah dengan pemahaman yang betul, pasti ia akan menjadi dengan baik disamping berdoa minta dengan Tuhan moga dipermudahkan urusan.

Lihat juga pada karakter kaki budak ini. Umum tahu, India terkenal dengan kriket. Jadi lihat pada cara larian budak ini. Seperti berlari ketika bermain kriket kan?

Dapat sesuatu tak?

Dan ketika saya sampai di Jodhpur, Nov 2016 lepas, beria kami cari lokasi ini. Masuk satu lorong ke satu lorong. Tanya orang sana sini, tapi biasalah macam ayam dengan itik cakap. Lebih lagi, semua dinding warna biru. Anjing pula kiri kanan merenung mesra kepada kami, pelancong dari Malaysia. Nak ucap selamat datang barangkali. Wuish, seram betul. Akhirnya jumpa juga lorong yang dicari ini setelah merayau-rayau sepanjang hari.

Suka? Mestilah. Akhirnya jejak juga ke sini. Di lokasi yang gambarnya merata bertaburan di laman internet. Walau tak dapat scene serupa, dapat snap gambar dinding pun jadilah kan.

Gambar yang saya ambil dengan latar yang sama seperti yang Steve McCurry ambil. Jadilah kan.

Comments are closed.