Pernahkan anda terfikir bahawa kita boleh menjual foto-foto dan video-video yang kita ambil hatta menggunakan telefon pintar sekalipun dalam media sosial terutamanya sekali EyeEm? Hanya berbekalkan seringkas peralatan fotografi yang mempunyai sekurang-kurangnya 2MP, kita mampu meraih pendapatan dalam matawang USD.
Semua itu hanya di hujung jari. Janji pandai mengambil foto, tahu asas fotografi dan juga bijak menggunakan media sosial yang ada.
Banyak agensi antarabangsa stokfoto tersedia dalam memasarkan konten foto dan video anda ke pembeli yang memerlukan.
Salah satunya adalah EyeEm. Ia adalah salah satu platform media sosial yang wujud sejak awal tahun 2010. EyeEm pada dasarnya diasaskan oleh satu kumpulan anak muda yang ingin mengetengahkan konsep mobile photography dalam satu pertandingan fotografi dan penganjuran pameran di Berlin.
Kemudian, ia terus berkembang menjadi platform untuk fotografer menjual hasil karya dan dibeli oleh merata pembeli yang berkehendakkan gambar-gambar yang menarik.
Ebook “Ada Apa Dengan EyeEm’ ini ada mengupas bagaimana menjana pasif income dengan fotografi dan seterusnya membina portfolio diperingkat antarabangsa secara online. Ia lengkap menceritakan bagaimana hendak bermula, tips-tips penting yang perlu diketahui dan juga FAQ yang biasa ditanya. Ebooknya disusun ringkas dan mudah untuk difahami.
Menarik? Bagaimana mahu membeli?
Boleh terus ke pautan di https://gobokbuku.com/product/ada-apa-dengan-media-sosial-eyeem/. Semudah ABC, kalian akan terus dapat ebook ini selepas pembayaran dibuat.
Jom sama-sama kita menimba ilmu baru dan mana tahu ada rezeki dari sekeping gambar yang tersimpan dalam hard disk ataupun telefon itu.
Comments are closed.