3 CARA UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI KETIKA KRISIS

69

Diwaktu begini, ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlaku (18 – 31 Mac 2020) kerana virus Covid 19, mungkin ada antara kita yang sudah mula panik. Motivasi down terus. Macam-macam hal berlaku tanpa kita rancang dari awalnya. Mana yang sangkut kat kampung sejak cuti sekolah bermula dan tak boleh balik ke kota, mana yang risau pada keluarga di kampung dan sebagainya. Semua serba tak kena.

Menurut Irfan Khairi dalam live nya semalam, beliau mencadangkan 3 cara ini untuk meningkatkan motivasi ketika ini.

1. Positifkan minda kita
Jauhkan semua benda-benda negatif yang mengganggu minda kita untuk kekal positif. Jika perlu blok, unfriend, unfollow mana-mana posting yang negatif, terus buat saja. Sentiasa kekal positif. Tak perlu tengok sangat angka yang meningkat naik. Sesekali oklah. Jika berterusan ia akan buatkan kalian lagi panik dan sedih, kurangkan lah. Cuba buat.

2. Lakukan benda baru yang boleh naikkan keinginan kita.
Lebih-lebih dalam situasi begini. Perkara yang pernah saya beritahu dalam posting terdahulu. Boleh bermula dengan buat benda yang hendak sangat kita buat dahulu, namun ada kekangan masa, jadi ketika inilah mungkin masanya. Membaca sebagai contoh. Ambil sedikit masa dalam 30 minit sehari untuk fokus ambil satu buku dan mula membaca. Saya mulakan dengan #misi14hari dengan baca buku dan kemudian buat ulasan tentang buku yang dibaca. Kesannya, ada penambahan kosa kata dan cara menyusun ayat. Lebih banyak membaca, kita akan jumpa banyak perkataan dan ia akan tertanam dalam minda kita secara tak langsung. Sama juga dengan perkara lain.

3. Tetapkan gol atau matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh 2 minggu atau sebulan akan datang.
Kenapa 2 minggu atau sebulan? Sebab kita mahu tempoh yang lebih pendek supaya lebih mudah untuk kita gapai. Bila semakin hari semakin mendekati tarikh matlamat, kita akan semakin bersemangat untuk terus kekal bermotivasi. Buat setiap hari tak sabar nak capai. Salah satu contoh mungkin dengan mula berkebun. Tanam apa saja sayuran. Kemudian lepas sebulan, lihat hasilnya. Mana tahu, rupanya tangan kita serasi betul bercucuk tanam. Kan dah dapat satu kelebihan tak disangka di situ.

Macam mana? Boleh buat tak? Nampak macam remeh kan. Tapi bila difikir kembali, ada logiknya di situ. Apa kata, cuba buat dulu. Tak cuba tak tahu, kan.

Zanariah Salam
Mulakan, jika tidak, kita tak tahu kelebihan diri yang ada.

Comments are closed.