Tag

INSPIRASI

Browsing

Ini adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.

4 buah buku hardcover yang dinamakan sebagai Siri Kembara Mencari Tuhan.

Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dengan 4 buah buku hardcover yang dipakejkan dengan kemasan gift box yang premium lagi cantik dan dinamakan sebagai Siri Kembara Mencari Tuhan.

Set box eksklusif
“Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu.”

Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.

 

“Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri.”

Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

“Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur.” – Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

 

“Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia.”

Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.

Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup.

Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

 

“Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali.”

Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.

“Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

 

“Ya Allah, Aku Bersyukur Engkau Menciptakan Aku.”

Aku bersyukur Engkau menciptakan aku untuk lahir ke dunia. ​Dunia ini indah. Tanpa aku lahir ke dunia, belum tentu aku dapat ke syurga.​ Kerana begitulah perjalanannya.

Sudah dinyatakan syurga itu untuk manusia yang beriman. Manusia itu wujud setelah lahir ke dunia.

Tiada yang bernama manusia jika ia tidak pernah hadir ke dunia.

 

“Ya Allah, Hanya Engkaulah Pemberi Rahmat.”

Sesungguhnya bukti kasih sayang Allah itu terlalu luas untuk dibilang. Ada berbentuk kurniaannya rezeki sihat, rezeki kaya, malah diberikan ujian juga termasuk dalam bukti kasih sayang Allah.

Dunia ini penuh dengan perangkap. Kita perlu lekas berhati-hati. Banyak perkara yang mengaibkan di dunia, sebenarnya menyelamatkan aibmu dibuka di akhirat kelak.

Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah.

Paling menarik, edisi ini hanya untuk 2,000 unit sahaja. Sah melalui pre-order secara online sahaja di https://asmaharun.com/buku/jangantunggu dan tiada di kedai-kedai buku. Kalian akan dapat

+ Premium Gift Box
+ 4 Buah Buku Edisi Hardcover
+ Penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia.
+ Buku Percuma: 150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga

Semuanya ini hanya pada harga RM150 sahaja.

Tawaran istimewa untuk 2000 pembeli saja.
Buku percuma dengan setiap satu set eksklusif ini

 

Zanariah Salam
Dah pesan pre-order.

 

Buku kelima saya dalam #misi14hari.

Kunang Persisir Morten oleh Raiha Bahaudin.

Saya tertarik membeli kerana perkataan Morten. Terus teringat Kampung Morten di Melaka yang sering menjadi lokasi untuk saya mengambil gambar matahari terbenam.

Antara lokasi tempat yang saya suka ambil ketika di kawasan Kampung Morten.

Buku ini tentang kisah Dhiya, Adi dan Lim. Dhiya, seorang kanak-kanak 9 tahun yang punyai pemikiran visual yang genius dan hebat. Setiap bab dan kisah ada saja siri pengembaraan mereka yang seronok nak baca hingga akhir. Hanya dengan memerhati, jawapan sentiasa ada depan mata buat Dhiya.

Bagaimana dengan melihat susun atur bilik, dia mampu menyelesaikan kes kematian seorang budak cina, lalu terus menjadi bintang Kampung Morten seketika. Malah, bakatnya cukup hebat dalam melukis. Saya seolah cemburu melihat bagaimana dengan mudahnya Dhiya menghasilkan karya agong dengan batasan peralatan yang ada. Kemudian, berusaha menjadi peniaga cilik dengan berniaga demi merealisasikan impian membeli peralatan melukis yang lebih baik hasil titik peluh sendiri. Kagum.

Seketika, apabila penulis mengaitkan lokasi Kampung Hulu, Kampung Jawa, Jalan Tokong, Jonker Street, Jalan Heeren, terus saya pejamkan mata. Terbayang seketika penempatan tersebut kerana Melaka antara lokasi yang banyak kali saya singgah untuk ambil gambar. Cuba mengingati setiap lokasi. Ah, kenapa saya tak baca buku ini lebih awal sebelum ke Melaka tempoh hari? Kenapa? Seakan mahu terus ke Melaka dan ulang baca buku ini setiap bab, dan mencari lokasi yang diceritakan sambil membayangkan seperti yang ditulis. Ada sejarah dan asal usul perkampungan yang menarik minat saya.

Betul apa yang disampaikan dalam buku Projek Bibliofil. Buku ke-empat yang saya baca dalam #misi14hari tempoh hari. Bagaimana dengan membaca kita boleh jadi pengembara. Jasad duduk leka memegang buku, tapi minda terbang entah ke mana mengembara dalam setiap bait ayat yang ditulis penulis.

Buku ini saya kira antara buku wajib yang kalian kena baca. Dalam kelincahan Dhiya dan rakannya mengembara setiap lorong bandar Melaka, ada terselit cerita bara perkauman, sikap dengki masyarakat disamping isu pencemaran sungai yang kronik dan penempatan setinggan. Namun akhirnya, selesai satu kisah, perhubungan dan persahabatan dua kaum menjadi satu. Saya suka cara penulis menggarap setiap bab yang sangat menarik pengakhirannya.

Alhamdulillah, selesai bacaan buku kelima saya. Yeay. Buku yang boleh dibeli di sini.

Okay, buku seterusnya.

Zanariah Salam
Baca buku dengan gaya seperti baca buku penyiasatan. Asyik sangat.

Diwaktu begini, ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlaku (18 – 31 Mac 2020) kerana virus Covid 19, mungkin ada antara kita yang sudah mula panik. Motivasi down terus. Macam-macam hal berlaku tanpa kita rancang dari awalnya. Mana yang sangkut kat kampung sejak cuti sekolah bermula dan tak boleh balik ke kota, mana yang risau pada keluarga di kampung dan sebagainya. Semua serba tak kena.

Menurut Irfan Khairi dalam live nya semalam, beliau mencadangkan 3 cara ini untuk meningkatkan motivasi ketika ini.

1. Positifkan minda kita
Jauhkan semua benda-benda negatif yang mengganggu minda kita untuk kekal positif. Jika perlu blok, unfriend, unfollow mana-mana posting yang negatif, terus buat saja. Sentiasa kekal positif. Tak perlu tengok sangat angka yang meningkat naik. Sesekali oklah. Jika berterusan ia akan buatkan kalian lagi panik dan sedih, kurangkan lah. Cuba buat.

2. Lakukan benda baru yang boleh naikkan keinginan kita.
Lebih-lebih dalam situasi begini. Perkara yang pernah saya beritahu dalam posting terdahulu. Boleh bermula dengan buat benda yang hendak sangat kita buat dahulu, namun ada kekangan masa, jadi ketika inilah mungkin masanya. Membaca sebagai contoh. Ambil sedikit masa dalam 30 minit sehari untuk fokus ambil satu buku dan mula membaca. Saya mulakan dengan #misi14hari dengan baca buku dan kemudian buat ulasan tentang buku yang dibaca. Kesannya, ada penambahan kosa kata dan cara menyusun ayat. Lebih banyak membaca, kita akan jumpa banyak perkataan dan ia akan tertanam dalam minda kita secara tak langsung. Sama juga dengan perkara lain.

3. Tetapkan gol atau matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh 2 minggu atau sebulan akan datang.
Kenapa 2 minggu atau sebulan? Sebab kita mahu tempoh yang lebih pendek supaya lebih mudah untuk kita gapai. Bila semakin hari semakin mendekati tarikh matlamat, kita akan semakin bersemangat untuk terus kekal bermotivasi. Buat setiap hari tak sabar nak capai. Salah satu contoh mungkin dengan mula berkebun. Tanam apa saja sayuran. Kemudian lepas sebulan, lihat hasilnya. Mana tahu, rupanya tangan kita serasi betul bercucuk tanam. Kan dah dapat satu kelebihan tak disangka di situ.

Macam mana? Boleh buat tak? Nampak macam remeh kan. Tapi bila difikir kembali, ada logiknya di situ. Apa kata, cuba buat dulu. Tak cuba tak tahu, kan.

Zanariah Salam
Mulakan, jika tidak, kita tak tahu kelebihan diri yang ada.

Buku ke-empat dalam #Misi14hari saya.

Projek Bibliofil.

Buku ini saya beli pada awalnya sebagai pemangkin untuk kekal fokus membaca. Ia menceritakan bagaimana memupuk amalan membaca yang praktikal dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sekaligus melawan mitos bangsa malas membaca.

Iya, kita semua sibuk. Hal kerja, hal belajar, hal rumah, hal keluarga. Namun, jika ada sekelumit rasa mahu membaca, kalian harus dapatkan buku ini untuk terus menggerakkan momentum membaca itu bagaimana.

Boleh bermula dengan membaca buku yang ringkas, yang nipis, yang kita suka. Antara tips yang dikongsikan dalam buku ini ialah

1. Ulasan buku
Rujuk mana-mana pembaca yang telah mengulas buku yang telah dibacanya. Saya gunakan ia sebagai rujukan utama. Seperti yang saya lakukan lah. Saya cuba mengulas setiap buku yang telah saya baca sebagai tanda faham apa yang dibaca. Ia juga medan untuk saya berlatih. Kerana setiap orang punyai kesukaan dan kegemaran yang berbeza. Jadinya perlu bijak memilih.

2. Pendahuluan dan bab 1
Baca 2 ini dahulu untuk tahu keserasian buku itu dengan kita. Kadangkala, untuk saya, saya akan selak ke beberapa bab yang lain ataupun lihat pada isi kandungan buku tersebut. Blurb pun memainkan peranan dalam meletakkan buku yang diambil terus dibayar di kaunter ataupun dikembalikan semula pada rak.

3. Tiru tokoh dan usahawan
Lihat mana-mana tokoh yang kita kenali. Majoriti daripada mereka memang membaca. Lihat buku yang mereka baca. Dari situ kenali dan belajar memilih buku yang sesuai.

4. Buku malar segar
Kategori buku ini biasanya yang mendapat anugerah dari badan berkanun tak kira dalam atau luar negara. Lihat pada kulit buku dan kita akan tahu daripada situ.

5. Adaptasi filem
Jika ikutkan trend di Indonesia, mereka akan keluarkan filem dahulu barulah buku/novel. Berbeza dengan budaya kita di Malaysia, yang mana, kebanyakkan filem atau drama banyak diadaptasi daripada novel. Tak kisah yang mana satu, kerana apabila kita suka menonton filem, pastinya kita akan teruja apabila membaca novel tersebut. Tetiba saya teringat pada drama “7 Hari Mencintaiku”. Novel tersebut sudah lama saya beli dan baca sebelum drama tersebut disiarkan lagi. Kemudian tup-tup ada pula drama di TV, apalagi, ambil kembali novel tersebut dan baca kembali.

6. Relevan dengan tujuan
Kerana kita punya limit masa untuk buat benda yang lain pula, pilihlah buku yang sesuai dengan genre yang kita mahu tahu. Namun jika memang punya banyak masa seperti sekarang ini, bolehlah baca apa juga yang ada dalam simpanan. Sekurang-kurangnya kita dapat menambah sesuatu ilmu baru setiap hari.

Sebenarnya ada banyak lagi tips yang dikongsikan dalam buku ini. Disarankan untuk kalian ada sebuah. Tak rugi beli. Bila baca buku ini, macam-macam idea keluar dalam kepala. Hehe.

Terus ke sini untuk membuat pesanan bit.ly/AkuMahuMembaca.

Fuh, tak sangka, sudah 4 buku setakat ini.

Okay buku seterusnya.

Zanariah Salam
Membaca bukan untuk berlumba, tapi untuk menambah ilmu baru setiap hari.

Ini adalah buku ketiga dalam kempen yang saya buat sendiri untuk #Misi14hari.

Buat yang bertanya, apa itu #misi14hari, ia adalah aktiviti yang saya lakukan sendiri dalam melihat kemampuan diri boleh menghabiskan berapa banyak buku dalam tempoh 14 hari ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia bermula dari 18 – 31 Mac 2020 berikutan kes Covid 19 yang terus meningkat. Selain itu, ada juga kerja-kerja lain yang dilakukan berkadaran dengan masa dan ruang sepanjang #misi14hari ini. Itu nanti saya ceritalah.

Buku ketiga yang saya pilih kali ini adalah buku bergambar yang dikeluarkan oleh National Geographic. Setelah 2 buku sebelum ini lebih kepada pembacaan teks, saya rehatkan mata dengan melihat gambar-gambar pula kali ini. Segarkan mata dan minda memproses mengambil input-input penting yang boleh menambahbaikkan lagi seni melihat sedia ada.

Buku ini dibeli ketika BBW (Big Bad Wolf) di Johor Bahru tahun 2019 lepas. Setiap kali ke BBW, ruangan fotografi yang akan saya tuju dahulu. Mencari buku-buku Nat Geo, Magnum, dan buku-buku bergenre photojurnalism. Paling istimewa ketika kunjungan ke BBW, buku-buku begini berkulit keras (hard cover). Sesuatu yang saya suka sangat.

Dalam buku ini yang terdapat hampir 335 mukasurat berwarna, kesemua gambar yang dipaparkan adalah gambar-gambar popular yang dipaparkan dalam Instagram Nat Geo itu sendiri. Boleh follow akaun IG Nat Geo lepas ini.

Ini antara gambar yang saya suka tengok. Simple tapi penuh erti gambar tangan ini.

Leka melihat keseluruhan gambar dalam buku ini. Semuanya ya ampun, tak terkata. Setiap satunya membawa mata saya melihat visual perjalanan kehidupan dalam planet ini. Dari kawasan perumahan, tepi gunung, cityscape, dalam laut, dalam hutan dan macam-macam lagilah.

Setiap visual gambar yang dipaparkan terus dekat rasa dihati. Cara mereka mengkomposisikan subjek, berada di lokasi yang betul dan ambil momen yang benar-benar sempurna memang mengagumkan.

Setiap satu gambar saya belek dan perhatikan susunan subjek dan cerita yang ingin disampaikan. Dari situ terus belajar,

“Oh begini sudutnya”
“Ooo dia buat kompo macam ini, patutlah lawa gambar ini”
“Tengok momen nih!”

Iya, saya belajar dengan melihat gambar orang lain yang saya suka tengok. Dari situ kaji dan buat rujukan. Ambil tahu, kenapa, apa sebab dan mengapa. Tanya pada diri, dan kemudian dari situ perlahan-lahan hadam dan semat dalam kepala. Sebab kadang-kala, rutin harian yang kita nampak depan mata hari-hari itulah, sebenarnya mampu mencipta gambar yang paling menarik sekali dalam diari kehidupan kita. Siapa tahu kan, tak cuba tak tahu.

Zanariah Salam
Setiap hari belajar benda baru.

 

Dugaan sungguh. Apatah lagi bila selama ini berusaha nak turunkan berat badan, tapi tak berhasil sebab tak tahan dengan godaan makanan yang sedap-sedap terhidang depan mata.

Nasi dagang lah, nasi lemak lah, nasi kerabu lah, mee goreng lah. Sebut saja. Macam-macam ada.

Nak makan, iya boleh. Tak salah pun. Tapi kalau kita dapat kawal jumlah karbohidrat yang diambil, kita boleh saja hilang berat badan dengan mudah.

Ada satu tips yang kawan saya beritahu. Beliau amalkan dengan makan makanan berlemak. Mula-mula itu tak percayalah juga. Gila kau, makan lemak boleh kurus. Macam tak logik pun ada kan.

Tapi rupanya, bila dia terangkan satu persatu, ooooo, dengan makan lemaklah kita boleh cepat kurus. Sebab kita nak lemak itu yang jadi tenaga, bukan karbohidrat. Bila lemak itu dah bertukar jadi tenaga, secara tak langsung, berat badan akan berkurangan dengan sangat cepat. Tapi lemak bukan sebarang lemak, lemak baik tau yang kita makan.

Habis itu, nak kena kurangkan makan nasi ke? Mana boleh, nasi itu kan makanan ruji kut.

Awak, boleh saja gantikan nasi itu dengan cauliflower atau bunga kobis. Cincang halus bunga kobis itu dan kemudian masaklah buat seperti resepi nasi goreng. Sedap rupanya. Yummy.

Banyak lagi beliau kongsikan tempoh hari. Duduk depan dia, dengar dia cot cet cerita tak sudah, gembira sangat-sangat. Sebab dia dapat turun 6kg dalam tempoh 6 minggu. Siap cakap lagi, yang bacaan kencing manis dia pun dah semakin bagus, sekitar 5.4 – 5.9 saja. Happy sungguh. Tengok pun dah makin aktif dah sekarang. Ke sana ke sini buat aktiviti luar, outing dengan kawan-kawan.

Itulah kelebihan diet keto yang beliau amalkan. Kalau ada kawan-kawan nak tahu lebih lanjut, boleh terus tengok apa lagi dia cerita kat sini. Ebook tentang Diet Keto, khas panduan asas untuk bermula.

Siap ada 21 resepi sedap yang boleh dicuba. Fuh, memang boleh pakai baju saiz idaman masa raya nanti ini.

Zanariah Salam
Suka minum jus avocado.

Bagai kehilangan kata-kata ketika masuk ke dalam perkarangan Masjid Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan ini.

Cantik, kagum, indah, terpegun, semua ada. Padanlah ramai cakap macam Taj Mahal lah, Masjid Nabawi lah dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah lah.

Saya pusing banyak kali. Kebetulan pula cuaca bersahabat. Memang sangat cantik setiap sudutnya. Tenang dan damai saja rasa hati ketika masuk ke sini.

Suatu inspirasi untuk terus berjaya dan beri manfaat pada orang ramai.

Moga kebaikan yang dibuat individu hebat yang mewakafkan masjid ini terus menerus berlipat kali ganda menerima ganjaran dari Allah dan buat kita semua yang solat dan beribadah di sini mendapat manfaat sebaiknya. Jaga dan hargai sungguh-sungguh.

#ShotOniPhone
#ShotOniPhone11

Zanariah Salam

Buat mereka yang hendak sangat baca buku-buku karya Indonesia & Malaysia dan tidak tahu dimana mahu mencarinya, saya sarankan untuk kalian pergi ke galeri buku Jejak Tarbiah ini.

Terletak di Seksyen 15, Bangi, kalian bakal dijamukan dengan pelbagai buku-buku menarik karya Hamka, Andrea Hirata, Tere Liye, Pramoedya, Ustaz Hasrizal, Kartini, Za’ba dan ramai lagi penulis dari Malaysia & Indonesia. Sungguh, buku semua best best belaka. Rambang mata dik.

Dibuka setiap hari. Terus waze atau google map ke https://goo.gl/maps/T2dVXGMYm4Kwewtv6 atau alamat penuh mereka di

GALERI BUKU JEJAK TARBIAH
C-1-5, Jalan BG 3B/4
Bangi Gateway Commercial Shop
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor.
No tel : 03-8210 9441
HP : 013-387 8772

Oh ya, mereka bukan dalam Bangi Gateway Mall ya.

Serius, masuk ke sini, banyaknya buku-buku menarik untuk dibaca. Baca untuk terus menambah ilmu baru, memperkasakan kosa kata, mengenal budaya dan cerita, dan banyak lagi.

Dan paling terbaru sekali, mereka membuka pre-order untuk Special Box karya Andrea Hirata yang dicetak hanya untuk 500 orang sahaja. Serius, ini kalian kena rebut cepat hari ini juga.

Lekas dapatkan sementara ada ruang dan peluang. Terus ke page Jejak Tarbiah dan ambil kesempatan ini. Dengar kata setiap hujung minggu, ada saja kombo diskaun mereka tawarkan. Apa lagi, intai-intai lah dengan pantas ya.

p/s : Ini antara buku yang saya beli tempoh hari ketika singgah ke sini. Kalau ikutkan banyak lagi nak beli dan baca. Kita atur baik-baik rentaknya.

error: Content is protected !!