Buku ke-empat dalam #Misi14hari saya.
Projek Bibliofil.
Buku ini saya beli pada awalnya sebagai pemangkin untuk kekal fokus membaca. Ia menceritakan bagaimana memupuk amalan membaca yang praktikal dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sekaligus melawan mitos bangsa malas membaca.
Iya, kita semua sibuk. Hal kerja, hal belajar, hal rumah, hal keluarga. Namun, jika ada sekelumit rasa mahu membaca, kalian harus dapatkan buku ini untuk terus menggerakkan momentum membaca itu bagaimana.
Boleh bermula dengan membaca buku yang ringkas, yang nipis, yang kita suka. Antara tips yang dikongsikan dalam buku ini ialah
1. Ulasan buku
Rujuk mana-mana pembaca yang telah mengulas buku yang telah dibacanya. Saya gunakan ia sebagai rujukan utama. Seperti yang saya lakukan lah. Saya cuba mengulas setiap buku yang telah saya baca sebagai tanda faham apa yang dibaca. Ia juga medan untuk saya berlatih. Kerana setiap orang punyai kesukaan dan kegemaran yang berbeza. Jadinya perlu bijak memilih.
2. Pendahuluan dan bab 1
Baca 2 ini dahulu untuk tahu keserasian buku itu dengan kita. Kadangkala, untuk saya, saya akan selak ke beberapa bab yang lain ataupun lihat pada isi kandungan buku tersebut. Blurb pun memainkan peranan dalam meletakkan buku yang diambil terus dibayar di kaunter ataupun dikembalikan semula pada rak.
3. Tiru tokoh dan usahawan
Lihat mana-mana tokoh yang kita kenali. Majoriti daripada mereka memang membaca. Lihat buku yang mereka baca. Dari situ kenali dan belajar memilih buku yang sesuai.
4. Buku malar segar
Kategori buku ini biasanya yang mendapat anugerah dari badan berkanun tak kira dalam atau luar negara. Lihat pada kulit buku dan kita akan tahu daripada situ.
5. Adaptasi filem
Jika ikutkan trend di Indonesia, mereka akan keluarkan filem dahulu barulah buku/novel. Berbeza dengan budaya kita di Malaysia, yang mana, kebanyakkan filem atau drama banyak diadaptasi daripada novel. Tak kisah yang mana satu, kerana apabila kita suka menonton filem, pastinya kita akan teruja apabila membaca novel tersebut. Tetiba saya teringat pada drama “7 Hari Mencintaiku”. Novel tersebut sudah lama saya beli dan baca sebelum drama tersebut disiarkan lagi. Kemudian tup-tup ada pula drama di TV, apalagi, ambil kembali novel tersebut dan baca kembali.
6. Relevan dengan tujuan
Kerana kita punya limit masa untuk buat benda yang lain pula, pilihlah buku yang sesuai dengan genre yang kita mahu tahu. Namun jika memang punya banyak masa seperti sekarang ini, bolehlah baca apa juga yang ada dalam simpanan. Sekurang-kurangnya kita dapat menambah sesuatu ilmu baru setiap hari.
Sebenarnya ada banyak lagi tips yang dikongsikan dalam buku ini. Disarankan untuk kalian ada sebuah. Tak rugi beli. Bila baca buku ini, macam-macam idea keluar dalam kepala. Hehe.
Terus ke sini untuk membuat pesanan sini.
Fuh, tak sangka, sudah 4 buku setakat ini.
Okay buku seterusnya.
Zanariah Salam
Membaca bukan untuk berlumba, tapi untuk menambah ilmu baru setiap hari.
Comments are closed.