CUCI MATA MELIHAT GAMBAR MENARIK DARIPADA FOTOGRAFER NATIONAL GEOGRAPHIC

49

Ini adalah buku ketiga dalam kempen yang saya buat sendiri untuk #Misi14hari.

Buat yang bertanya, apa itu #misi14hari, ia adalah aktiviti yang saya lakukan sendiri dalam melihat kemampuan diri boleh menghabiskan berapa banyak buku dalam tempoh 14 hari ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia bermula dari 18 – 31 Mac 2020 berikutan kes Covid 19 yang terus meningkat. Selain itu, ada juga kerja-kerja lain yang dilakukan berkadaran dengan masa dan ruang sepanjang #misi14hari ini. Itu nanti saya ceritalah.

Buku ketiga yang saya pilih kali ini adalah buku bergambar yang dikeluarkan oleh National Geographic. Setelah 2 buku sebelum ini lebih kepada pembacaan teks, saya rehatkan mata dengan melihat gambar-gambar pula kali ini. Segarkan mata dan minda memproses mengambil input-input penting yang boleh menambahbaikkan lagi seni melihat sedia ada.

Buku ini dibeli ketika BBW (Big Bad Wolf) di Johor Bahru tahun 2019 lepas. Setiap kali ke BBW, ruangan fotografi yang akan saya tuju dahulu. Mencari buku-buku Nat Geo, Magnum, dan buku-buku bergenre photojurnalism. Paling istimewa ketika kunjungan ke BBW, buku-buku begini berkulit keras (hard cover). Sesuatu yang saya suka sangat.

Dalam buku ini yang terdapat hampir 335 mukasurat berwarna, kesemua gambar yang dipaparkan adalah gambar-gambar popular yang dipaparkan dalam Instagram Nat Geo itu sendiri. Boleh follow akaun IG Nat Geo lepas ini.

Ini antara gambar yang saya suka tengok. Simple tapi penuh erti gambar tangan ini.

Leka melihat keseluruhan gambar dalam buku ini. Semuanya ya ampun, tak terkata. Setiap satunya membawa mata saya melihat visual perjalanan kehidupan dalam planet ini. Dari kawasan perumahan, tepi gunung, cityscape, dalam laut, dalam hutan dan macam-macam lagilah.

Setiap visual gambar yang dipaparkan terus dekat rasa dihati. Cara mereka mengkomposisikan subjek, berada di lokasi yang betul dan ambil momen yang benar-benar sempurna memang mengagumkan.

Setiap satu gambar saya belek dan perhatikan susunan subjek dan cerita yang ingin disampaikan. Dari situ terus belajar,

“Oh begini sudutnya”
“Ooo dia buat kompo macam ini, patutlah lawa gambar ini”
“Tengok momen nih!”

Iya, saya belajar dengan melihat gambar orang lain yang saya suka tengok. Dari situ kaji dan buat rujukan. Ambil tahu, kenapa, apa sebab dan mengapa. Tanya pada diri, dan kemudian dari situ perlahan-lahan hadam dan semat dalam kepala. Sebab kadang-kala, rutin harian yang kita nampak depan mata hari-hari itulah, sebenarnya mampu mencipta gambar yang paling menarik sekali dalam diari kehidupan kita. Siapa tahu kan, tak cuba tak tahu.

Zanariah Salam
Setiap hari belajar benda baru.

 

Comments are closed.