BUKU DAWN TO DARK PHOTOGRAPHS THE MAGIC OF LIGHT

46

Lagi sekali buku Nat Geo menjadi pilihan untuk bacaan buku kelapan dalam #misi14hari.

Buku Dawn to Dark Photographs, The Magic of Light.

Jika diikutkan jangkaan, hari ini 31 Mac, tamat sudah #misi14hari sejak 18 Mac lepas. Tapi kemudian kerajaan menyambung lagi tempoh PKP hingga 14 April, jadinya saya bercadang untuk sambung misi 14 hari saya, dengan edisi ke 2. Kita tengok berapa bacaan lagi boleh baca. Hehe.

Hampir lebih kurang 2 minggu tak keluar rumah. Duduk diam dan baca buku. Ada ketika tangan ini gatal tengok website online. Nah, terbeli lagi 4 buah buku. Pesan hari Khamis lepas, Ahad dan semalam sudah sampai. Sementara penerbit buat harga diskaun, baiklah dirembat sebaiknya peluang yang ada. Dan akhirnya bertambah lagi bilangan penempatan umat di rak buku. Adoi.

Dan nak datangkan semangat idea ambil gambar supaya tak lupa, saya pun mengembara sekejap melihat gambar-gambar daripada buku Nat Geo untuk bacaan kelapan saya kali ini.

Buku yang sepenuhnya ada gambar-gambar power dari waktu subuh hingga ke malam. Nak nangis rasa tengok gambar begini.

Kalau nak diikutkan gambar-gambarnya simple saja. Tapi menusuk ke hati dalam setiap halaman. Dari satu muka surat ke halaman seterusnya, ya ampun, begitu banyak momen dan keindahan alam yang sangat sangat cantik dirakamkan.

Semudah komposisi, bacaan exposure yang betul dan berada di lokasi yang sepatutnya, karya yang dihasilkan memang speechless.

Leka tengok. Dalam hati tengah berangan nak ada sekeping gambar macam ini juga. Lepas itu terus belek hard disk, tengok gambar travel lepas. Banyak lagi nak kena baiki. Banyak lagi nak kena explore. Banyak lagi nak kena belajar.

Nanti PKP selesai, semua dah okay, kita mulakan kembali operasi.

Oh ya, buku ini saya beli masa BBW tahun lepas. Buat sesiapa yang mencari, mungkin boleh tengok online di BookXcess.

Selesai bacaan kelapan. Buku bergambar, berkulit keras, buat menambah input di kepala untuk misi akan datang.

Zanariah Salam
14 hari, selesai baca 8 buah buku. Okaylah kan.
Buku seterusnya apa ya?

Comments are closed.