BUKU OBLIGASI AKU PUN BOLEH BAHAGIA

93

#Misi14hari diteruskan dengan bacaan buku ketujuh. Wow. Tak sangka. Tepuk kat bahu sendiri dan cakap good job. Hehe.

Buku yang dipilih, Obligasi Aku Pun Boleh Bahagia, karya AK, terbitan Nubook. Saya beli ketika Dubook ada buat jualan diskaun tahun lepas di Bangi. Sebelum ini sudah baca beberapa helai. Kini saya sambung bacaan dan fahami apa yang penulis sampaikan. Seakan sesuai waktu ini, dalam tempoh PKP begini. Menjentik sedikit motivasi diri untuk lebih positif.

Bangun pagi dengan galakan positif untuk terus bahagia.

Buku setebal 158 halaman ini berkongsi rasa buat pembaca yang ingin menjadi lebih bahagia dalam hidupnya.

Sesiapa saja boleh bahagia.

Tapi
Bagaimana mahu bahagia?
Adakah dengan cara kita berfikir?
Dengan menentukan set target untuk bahagia?
Atau dengan mengimaginasi kebahagian itu seluasnya?

Kadang kala kita rasa diri tak cukup bahagia. Mengapa?

Sudahkah kita berusaha untuk bermula dengan menghargai diri sendiri dan beri peluang untuk diri merasai nikmat bahagia terlebih dahulu?

Antara petikan yang memotivasikan diri untuk bahagia setiap hari dalam buku ini.

Dalam buku ini, penulis membahagikan bahagia itu dengan pilihan bab seperti
“Aku Harus Bahagia”
“Tentukan Kebahagianmu”
“Bersyukur, Bersyukur, Bersyukur”
“Berdamai Dengan Masa Lalu”
“Positif Thinking”
“Positif Doing”
“Bahagiakan Dirimu”

Ada poin-poin yang bagus diberitahu dalam setiap topik.

Antara buku yang sesuai dibaca bila-bila masa sebagai panduan untuk diri kekal bahagia. Boleh dipilih sama ada untuk membaca dari awal hingga akhir mahupun secara rawak bagi mendapatkan keyakinan diri dan motivasi terbaik untuk situasi yang dialami.

Membaca buku ini sememangnya mendatangkan rasa ingin bahagia.

Raih rasa bahagia dengan berusaha. Ia tidak susah, kita sendiri yang harus menjemputnya.

Anda mahu rasa bahagia?

Zanariah Salam
Jom rasa bahagia.

Comments are closed.