4 PERKARA YANG BOLEH KITA BUAT SELEPAS SELESAI BACA BUKU

273

Soalan :
Apa kita kena buat lepas baca buku? Ada idea yang best best tak? Iyalah, sudah baca sejumlah buku, apa manfaat yang boleh kita buat. Cuba beritahu.

Jawapan :
Ada banyak cara. Ini antaranya yang saya rasa boleh kita sama-sama praktiskan. Mari kita sama-sama buat.

1. Tulis semula nota kecil setiap kali jumpa ayat atau perkataan yang kita rasakan menarik sekali semasa membaca. Ia secara tak langsung memperkuatkan kosa kata dan merangsang minda kita untuk terus berfikir yang baik-baik. Boleh juga simpan dalam telefon supaya mudah nak rujuk nanti.

Malah, perkataan itu akan dapat kita gunakan untuk membina ayat-ayat dalam media sosial. Lebih banyak kosa kata terkumpul dalam kepala, lebih mudah proses untuk kita menulis nanti.

2. Tanya soalan berkaitan apa yang kita baca. Mungkin jawapan pada persoalan kita ada pada perenggan atau bab berikutnya. Bila kita kerap utarakan soalan, kita akan mencari jawapan sehabis baik. Tengok cara budak kecil bertanya soalan. Haa, macam itulah yang kita pun sama boleh buat.

Cara ini juga meransang kita untuk kekal fokus membaca. Sebab ada soalan nak dicari jawapannya. Tak percaya, cubalah.

3. Cuba buat anekdot atau apa saja berkaitan bila jumpa mana-mana perkataan yang menarik hati. Haa, mana tahu ada nukilan yang tak disangka terhasil. Jangan disangka dalam hati tak ada taman. Gitu.

Silap-silap terhasil satu buku puisi hasil nukilan sendiri. Haa, mana tahu kan. Tak cuba tak tahu.

4. Lepas habis baca buku, buatlah review berkaitan buku yang dibaca. Dari situ kita faham setakat mana kita faham apa yang dibaca atau sekadar baca gitu saja. Haaa.. kena fokus ni. Hehe.

Ini yang selalu saya praktiskan. Walaupun masih baru mencuba, bila kerap buat akan rasa seronok. Sebab apa? Kerana kita dah mula tahu nak susun ayat macam mana dan seterusnya memperbaiki diri dalam menulis sedikit sebanyak. Biar sikit tapi konsisten, hasil pun menawan.

Macam mana? Dapat sesuatu secara tak langsung tak? Mana tahu ia membantu supaya kita tak lupa apa yang dibaca dan manfaatkan sebaik-baiknya ilmu yang baru dihadam.

Zanariah Salam
Amalkan jom.

Comments are closed.