BUKU AIR PASANG PAGI

147

Buku keenam untuk #misi14hari.

Air Pasang Pagi oleh Tok Rimau dan Fraja Beha

Nipis sahaja buku ini. Kalau fokus, boleh selesai baca dalam tempoh 1 ke 2 jam saja.

Buku ini penuh dengan lakaran lukisan penulis yang mengembara di Pulau Mabul untuk menyelam skuba. Ayat yang digunakan pun santai. Diselangseli dengan lakaran bersulam lawak tulisan tangan.

Membacanya membawa saya teringat kembali Semporna. Pulau Mabul, Omadal, Bohey Dulang, Gusungan dan beberapa lagi pulau yang saya hampir lupa namanya. Lubuk fotografi yang sudah 4 kali saya kunjungi sebelum ini. Datang ke sana semata-mata untuk tujuan fotografi memang penuh ruangan dalam kad memori.

Rumah Bajau Laut
Lukisan tangan beserta tulisan lawak menjadi isi cerita dalam buku ini

Apabila Bohey Dulang disebut dalam buku ini, terus saya urut kaki. Bagai terasa lagi kesan mendaki 600m ke atas. Buat yang bukan kaki hiking, lebih kurang 40 minit – 1 jam untuk sampai ke puncak. Penat, lelah, menyesal semua ada. Namun, bila sudah sampai di atas, terus hilang rasa keletihan apabila melihat keindahan Tun Sakaran Marine Park dari atas puncak. Tona warna biru air laut yang jelas kelihatan dari puncak Bohey Dulang memang mengasikkan.

Taman Tun Sakaran Marine Park dari puncak Bohey Dulang

Buku Air Pasang Pagi ini tidak bosan dibaca. Kita seolah berada bersama-sama penulis ketika mereka belajar menyelam skuba di Pulau Mabul.

Okay, buku seterusnya.

Zanariah Salam
Santai baca buku macam ini. Tenang.

Comments are closed.