PUSHBIKE YANG ANDA HARUS TAHU

65

Sabtu lepas, 5 Jan, ada tengok dan ambil gambar untuk event basikal tanpa pedal ini kat Educity Indoor Stadium, Nusajaya, Johor. Tak pernah dengar pun sebelum ini. Maklumlah, zaman dulu guna basikal yang ada pedal.

Sempat riki sekejap info pasal basikal tanpa pedal ini. Menarik info yang dapat.

Basikal tanpa pedal ini dikenali juga sebagai balance bike atau pushbike. Jadinya, ia semata-mata ada badan basikal, tayar dan handle sahaja. Seringkas penciptaan untuk mempercepatkan proses pembelajaran kanak-kanak untuk mahir berbasikal dengan belajar mengimbang sahaja. Tunggang dan terus gerakkan guna kaki.

Basikal ini

1. Ringan
Berat hanya lebih kurang 2kg sahaja. Mereka boleh angkat dan bawa sendiri. Dan sekaligus mereka tidak akan mudah rasa letih.

2. Mudah digunakan
Hanya perlu gerakkan basikal dengan kaki sahaja. Menjadikan kanak-kanak lebih fokus untuk mengimbangi basikal berbanding basikal biasa yang perlu imbang dan kayuh. Jadi, mereka bebas untuk berhenti, membelok dan memusing dengan lebih mudah. Seronok kan. Malah tak perlu lagi basikal roda tiga lagi buat mereka.

3. Boleh digunakan seawal usia 18 bulan
Salah satu cara nak elakkan mereka mengadap gadjet di usia muda. Comel tengok anak-anak kecil ni bawa basikal dengan gaya masing-masing. Leka tengok diaorang menolak basikal dengan kaki. Bersungguh-sungguh betul. Semangat mereka ni.

4. Selamat
Ia mempunyai tempat duduk yang direkabentuk lebih rendah berbanding basikal biasa. Sekaligus membolehkan kaki kanak-kanak menyentuh tanah sesuai dengan usia mereka. Boleh dikatakan basikal yang boleh dilaraskan juga lah.

Dan macam-macam lagi kebaikannya untuk anak-anak. Paling utama, dapat menggalakkan anak-anak bergaul dengan kanak-kanak yang lain, memupuk sifat kesukanan dan seterusnya melatih skil komunikasi sesama mereka.

Buat ibu bapa yang ada anak-anak kecil dan suka bersukan, boleh cuba aktiviti ini dan masuk acara yang dianjurkan oleh Malaysia Runbike Championship Series seperti ini.

Apa kata, di 2019 ini, hadiahkan basikal comel ini buat anak-anak untuk mereka lebih cerdas dan aktif. Mana tahu, anak kalian bakal salah seorang jaguh sukan Malaysia kelak. Hubungi terus Hotaru ya.

Boleh tengok gambar yang saya ambil.

Zanariah Salam
Rasa nak jadi budak kecik balik main basikal. Hehe.

Comments are closed.