MENCARI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN DALAM BUKU MA OON RIZAL

113

“Bumi Allah ini luas.
Hijrah itu pilihan”

Jika dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, penulis menitipkan pada halaman 317,

“Kalau mahu kenal manusia secara individu, kita belajar psikologi. Kalau mahu kenal manusia secara berkelompok, kita baca sejarah”

“Hakikatnya, mempelajari sejarah itu membantu kita memahami Sunnatullah yang mengatur kehidupan manusia. Pada Sunnatullah itu kita mengenal kitaran jatuh bangunnya mereka. Justeru, setelah di ketahui akan sebab musababnya terjadi sesuatu, terhapuslah rasa hairan atau kagum yang melampau. Belajar tentang Othmaniyyah banyak membantu saya mengisi keperluan ini”

Dalam buku Mä Oon Rizal, halaman 13 – 14, beliau menyambung lagi,

“Saya belajar Syariah bukan kerana mahu menjadi agamawan. Saya hanya mahu mencari jawapan kepada persoalan. Sebahagian daripada persoalan itu telah terjawab. Namun sebahagiannya belum. Daripada bidang Syariah saya beralih ke bidang sejarah. Sebabnya sama. Ada beberapa persoalan mengenai kehidupan yang saya tidak mendapat jawapan daripada ilmu agama. Belajar sejarah, bukan hanya fakta siapa, di mana, apa, dan bila, tetapi juga bagaimana dan mengapa.

Daripada sejarah, yang sifatnya makro, yang telah banyak membantu saya memahami beberapa perkara tentang mengapa hari ini seperti hari ini, dan bagaimana rupanya pada masa silam, saya melanjutkan pencarian jawapan kepada beberapa persoalan mikro di bidang yang menelaah manusia secara mikro iaitu pendidikan.”

Baca juga : Reviu buku Diari Abah

Mencari jawapan kepada persoalan demi persoalan hingga ke Finland, tentu ada sesuatu yang ingin digali sehabis mungkin.

Apa dia?
Mengapa sampai ke Finland?
Pendidikan?

Dalam Mä Oon Rizal, buku setebal 258 halaman yang punya 4 bab utama, ada diceritakan tentang

1. Melihat Finland dari Malaysia
2. Melihat Malaysia dari Finland
3. Melihat Finland dan Malaysia dari Rumah
4. Finland, Malaysia dan Rumah yang Tuhan Serukan

Menarik?
Tertarik tentang judul itu sendiri.

Mä Oon Rizal, bermaksud Nama saya Rizal.

Beliau berjalan mencari jawapan kepada persoalan.

Hanya dengan berfikir, lahir soalan.
Hanya dengan soalan, jelas terjadinya berfikir dalam pembelajaran.

Naskhah terbaru daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, baru siap cetak dan ia boleh dipesan di sini.

Tentu peminat tulisan beliau tak sabar hendak ada senaskhah kan?

Zanariah Salam
Saya sudah ada satu. Yey.

Comments are closed.