Membelek dan membaca isi dalam buku Diari Abah. Tulisan Ustaz Hasrizal. Saya suka pada buku ini kerana
1. Ia bukan hanya setakat catatan diari semata. Ia punya jiwa. Seolah melihat bagaimana seorang abah berbual dengan anaknya depan mata saya.
2. Cara tulisan beliau, ada sesi soal jawab, dialog yang tidak bosan dibaca. Bahasa santai digunakan dan ia penuh dengan kata-kata ilmiah yang menjentik hati untuk berkata betul kepada anak-anak. Boleh tiru bagaimana cara ustaz menjawab persoalan anak-anaknya.
3. Anak adalah cerminan ibu bapa. Bagaimana abah berkata kepada anaknya, itu membentuk cara fikirannya. Pada halaman 39,
“Didik, bukan herdik.
Asuh, bukan basuh.
Bentuk, bukan kutuk.
Bahasa membentuk pekerti.
Pilihlah bahasa yang membangunkan jiwa.
Bukan memusnahkannya.”
4. Ustaz ada berikan pesan-pesanan penting sebagai seorang abah. Antaranya pada halaman 196, “Memuji, adalah lebih baik kepada memuji perbuatan anak dan bukannya memuji anak tanpa mengaitkan dengan sesuatu yang mereka buat. Ia akan mengelirukan anak-anak tentang sebab kebagusan mereka.”
5. Dalam setiap topik, ada rujukan daripada Al-Quran dan terjemahannya sekali.
6. Saya baca catatan ini berulang kali,
“Jika akal fikiran itu ada kembar, maka kembarnya adalah emosi.
Adakah anak kita seorang budak atau remaja yang gembira dan bahagia? Kegembiraan yang menjadikannya semasa di sekolah tidak sabar hendak pulang ke rumah untuk menyampaikan kegembiraan di sekolah ke rumah. Kegembiraan yang menjadikannya semasa di rumah, tidak sabar hendak ke sekolah untuk menyambung kegembiraan di rumah ke sekolah.” Halaman 84.
Mendalam betul maksudnya. Bagaimana menyediakan anak-anak yang mudah dididik.
7. Rekabentuk buku kemas dan minimalis.
Buku setebal 392 halaman dengan 60 bab ini tak jemu dibaca. Ia penuh dengan pesanan untuk ibu bapa dalam mendidik anak. Catatan beliau dari 2002 hingga 2020 yang menyaksikan pelbagai warna dalam mendidik anak dalam bentuk cerita dan dialog yang penuh warna-warni kehidupan.
Naskhah pendidikan yang harus ada dalam rak buku anda semua.
Buku ini boleh awak semua perolehi di
Zanariah Salam
Buku ini sedap dibaca.
Comments are closed.