Jika ada sesiapa sekitar Bangi atau Kajang, bolehlah cuba sarapan pagi di satu kedai ini. Menu popularnya adalah Nasi Lemak Telur Bungkus dan Roti Jiwa Kacau. Makan perlahan-lahan untuk menikmati. Ok, ngam dengan citarasa. Sedap dan kenyang perut hingga ke tengah hari. Nasi lemak pun cukup rasa lemaknya, sambal ikan bilis, telur bungkus dan ada seekor ikan kering. Memang boleh fefeling rasa kampung betul.
Walau makan roti jiwa kacau, tapi hati tak kacau punya. Tenang ja rasa. Haha. Sebab kuah kari dia padu beb.
Walaupun ramai yang beratur seawal pagi, namun sistem pesanan tersusun. Puas hati. Tak perlu tunggu meja. Apabila sampai saja giliran, ada ja meja kosong dan tak lama kemudian pesanan tiba di meja. Cepat. Saya suka. Sebab itu sudah 2 kali ke sini. Nampak tu. Kedai makan yang dimaksudkan ini namanya Warung Bunian. Lokasi di Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, Kajang, Selangor.
Paling menarik, apabila melihat menu sarapan, ia dipaparkan dengan sen-sen. Seolah mendidik akal untuk terus mencongak berapa dalam Ringgit Malaysia.
Jika awak nak ke sini, senang sahaja. Boleh terus waze atau google map lokasi di https://maps.app.goo.gl/1kCGP2kQxQG7Bw4q7.
Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi untuk sarapan dan 12 tengah hari – 2 petang untuk makan tengah hari. Kecuali Hari Ahad, hanya dibuka pagi sahaja.
Sudah menikmati sarapan di sini, kunjungan seterusnya pastilah untuk makan tengah hari. Khabarnya ia lebih unik dengan hidangan yang disediakan. Nantikan.
Apa kata, esok lusa jika anda kebetulan berada di sini, bolehlah singgah makan.
Zanariah Salam
Sesekali JJCM
Comments are closed.