BUKU PROJEK ORKID : MASIH ADA YANG SAYANG, KISAH PEJUANG KESIHATAN MENTAL

234

Buku yang baru habis dibaca. Ambil peluang sebaik mungkin ketika, “stay at home” kan.

Ia antologi 18 kisah tentang pejuang kesihatan mental yang dialami sendiri penulis atau ahli keluarga mereka.

Stigma masyarakat yang mengatakan sakit mental itu gila, namun hakikatnya ia adalah satu bentuk kesakitan seperti sakit yang lain, cuma beza ia tak nampak secara luaran. Ada perkara yang perlu kita cakna apabila melihat kawan termenung, stress berlebihan, bercakap sendiri, kemurungan dan seumpamanya.

Buku yang mengandungi kisah dan bagaimana pejuang ini berusaha untuk pulih. Malah ada diselitkan juga nota khas daripada psikologis dan psikiatris yang boleh dijadikan panduan.

Tak lupa, ada cerita yang mana rumah dan keluarga sendiri menjadi punca kesihatan mental berlaku. Serius. Ia mungkin nampak remeh, tapi bagaimana cara kita berinteraksi dengan anak-anak masa kecil boleh mempengaruhi corak kesihatan mental mereka secara tak sedar hingga mereka dewasa. Setiap manusia, tidak sama cara berfikir. Berbeza. Tak usahlah untuk melabelkan sama untuk semua.

Ambil peduli, selami kisah mereka dan kita akan lihat benda yang hampir serupa berlaku depan mata, di pejabat, di rumah malah di kawasan kejiranan kita.

Di era zaman serba maju, semua hendak cepat, semua guna teknologi, ada perkara yang kadang kala kita terlepas pandang untuk diambil peduli. Mental kita kawan-kawan. Stress, depress, burnout, anxiety, itu semua jangan dibuat main.

Bacalah buku ini. Projek Orkid : Masih Ada Yang Sayang, Kisah Pejuang Kesihatan Mental yang boleh kalian perolehi terus di sini.

Saya sudah baca buku ini.

Ok, buku seterusnya, sila beratur, jangan beralih. Hehe.

Zanariah Salam

Comments are closed.