14 hari telah diperuntukan oleh kerajaan untuk mengawal penularan virus Covid 19 daripada terus menerus merebak. Bermula daripada 18-31 Mac 2020, semua orang perlu berada di rumah masing-masing dan mana-mana yang bekerja diwajibkan untuk “Work From Home” atau bekerja daripada rumah. Tempoh bertenang 2 minggu yang banyaknya perkara boleh dibuat.
Inilah waktu
1. Untuk refleksi diri. Lihat dengan positif apa yang berlaku. Tak usah nak menuding jari. Terus fikir positif dan berdoa semua ini akan berakhir dengan baik sekali dan secepat yang mungkin.
2. Untuk merancang kembali kerja-kerja yang tertangguh. Catat satu persatu apa yang perlu difokuskan dahulu. Baca buku wei. Boleh tambahkan kosa kata dan input ilmu berguna. Saya sendiri mengambil inisiatif untuk melakukan cabaran #misi14hari dengan salah satunya membaca buku. Dalam tempoh 14 hari ni, cuba lihat berapa banyak buku sudah dibaca. Buat fotografer, ini mungkin masa terbaik untuk memuat naik gambar dan video yang diambil ke agensi stokfoto.
3. Untuk mengukuhkan semula jaringan idea yang samar menjadi lebih baik. Cantumkan semula idea yang menyinggah menjadi realiti. Idea A, B, C semua itu boleh dilaksanakan. Tak cuba tak tahu. Dah cuba, mana tahu ia pencetus sesuatu. Ini serius memang boleh dibuat, janji kena fokus.
4. Untuk menjadi lebih kreatif dalam penghasilan kraftangan. Ambil kertas dan buatlah origami ke, lukisan ke, atau apa saja. Ini sesuatu yang buat aku teruja sebenarnya nak buat, sebab rasa syok habis jadi budak balik wei. Haha. Cubalah ambil kertas A4 dan buatlah kapal terbang.
5. Untuk lebih dekat dengan keluarga. Makan pagi hingga petang sama-sama. Tengok tv sama-sama dan main aktiviti indoor sama-sama. Habis aku kena ajak main permainan orbit selalu ni. Haha.
Dan buat kawan-kawan yang sudah “work from home” bermula hari ini, jaga kesihatan dan jaga diri semua.
InsyaAllah. Kita doa yang baik-baik.
Comments are closed.