5 TIPS UNTUK AMBIL GAMBAR MATAHARI TERBIT DENGAN BATASAN FOREGROUND YANG MENARIK

251

Dalam ambil gambar, ada kala kita buntu juga. Nampak matahari terbit, tapi keliru nak ambil gambar bagaimana.

Jika berada di lokasi yang cantik foreground nya, kita boleh dapat gambar menawan hati.

Tapi saya duduk di kampung. Depan ada kebun kelapa sawit dengan kebun nenas saja. Mana ada pemandangan cityscape macam kawan-kawan di bandar tu.

Boleh saja gunakan apa yang ada dahulu kawan-kawan sebagai latihan.

Mula-mula,

1. Cari di mana lokasi matahari terbit.
Tempat sendiri, haruslah peka di mana matahari terbit dan turun. Sepanjang PKP ini, ambil sedikit masa untuk perhatikan alam sekeliling yang kita terlepas pandang untuk ambil peduli setiap hari.

2. Lihat apa yang ada di sekelilingnya. Ada pokok kah? Rumah kah?
Ini pun sama. Gambar landscape yang terbaik adalah yang punyai foreground, middle ground dan background. Gunakan apa yang ada dipersekitaran membentuk perencah tambahan gambar menarik hati, bukan perosak gambar.

3. Selepas itu, cuba buat komposisi menarik berdasarkan kepada persekitaran yang ada. Gunakan pokok sebagai tambahan cerita. Atau boleh juga awan yang berarak.

4. Tunggulah matahari itu muncul. Ha, ni memang kena on time punya sebab pergerakan matahari cepat. Sebab itu kalau orang buat time-lapse matahari terbit, biasa guna interval dalam 2 saat saja.

5. Contoh macam gambar bawah ini. Pagi tadi punya gambar ini. Saya gunakan awan, pokok, zoom in, zoom out dalam mempelbagaikan hasil gambar.
Dari satu subjek, iaitu matahri terbit, ada banyak koleksi boleh buat. Dan kemudian, pilih yang mana satu berkenan di hati.

Boleh lah kan untuk hari ini. Nanti PKP dah tiada, keadaan kembali pulih, boleh lah outing tempat lain pula.

Macam inilah. Oh ya, saya gunakan kamera untuk gambar begini. Kamera Panasonic Lumix FZ300. Set pada manual mode, iso100, f/8, ss 1/6400 ke 1/16000. Setting ini pun ikut situasi juga. Bergantung. Kena cuba jaya sendiri okay.

Saya zoom ke maksima kamera saya boleh zoom
Lepas itu, nampak ada awan berarak menarik, saya gunakan sebagai salah satu framing
Beralih beberapa langkah ke kanan hingga nampakkan daun ini sebagai salah satu foreground
Inilah lokasi sebenar jika saya tak zoom dan mengawal komposisi. Ruang agak serabut dan tidak cantik di mata. Jadi terlebih dahulu, fikir bagaimana gambar yang ingin saya hasilkan?

Zanariah Salam
8 April ada supermoon.

Comments are closed.