Pagi-pagi nak pergi kerja, aduh lawanya bila nampak matahari bulat bentuknya naik perlahan-lahan. Terus rasa nak berhenti mana-mana dan ambil kamera. Dapat sekeping pun jadilah. Buat hadiah pada diri sendiri dan semangat motivasi pagi-pagi.
Bila ada kesempatan berhenti, nah, ini antara yang boleh dipraktiskan
1. Cari mana-mana spot lokasi yang menarik.
Yang ada foreground menawan. Macam dalam contoh gambar saya ini, sebab masa ini saya berada di kampung, jadinya gunakanlah saja pokok-pokok sebagai foreground.
Buat mereka yang berada di bandar, bentuk bangunan sekeliling selalunya menjadi pilihan.
2. Gunakan setting yang betul.
Kamera yang saya gunakan bukanlah high end kamera. Kamera biasa tapi ada focal length hingga 1200mm. Lagipun target nak dapatkan bulat penuh matahari dalam frame. Jadi saya gunakan focal length tersebut dengan manual setting, aperture F8, shutterspeed 1/8000 sebagai permulaan dan ISO 100. Shutterspeed akan saya naikkan berkadaran dengan perubahan terang cahaya matahari. Oh ya, white balance saya gunakan shade. Biar lagi dramatis warnanya.
3. Bila dah siap sedia, tunggulah momen menarik hadir dalam frame.
Ubah sikit kedudukan supaya kita dapat pelbagai komposisi menarik. Boleh gunakan 2/3 atau 1/3 bahagian dalam frame dalam menyusun kedudukan matahari dan foreground.
Masa inilah sel-sel otak berkembang mencari sudut paling kreatif sebaik mungkin. Doa banyak-banyak ada sekawan burung lalu ke, awan bergerak disebalik matahari ke dan sebagainya. Saya dapat seekor burung melintas macam ini pun dah nasib baik. Iyalah, momen sekejapan berlaku kan.
Ini serba sedikit yang selalu saya praktiskan. Asas sahaja. Bila dilokasi sebenar, setting itu pun akan diubah ikut lokasi dan cahaya waktu itu.
Kadang kala, bila outing bersama kawan, seorang dah dapat momen best, masing-masing teruja nak tengok. Itulah seronoknya kalau outing bersama kawan-kawan sehobi. Tak kira hobi apa pun. Betul tak? Untung buat ladies yang ikut sama Melaka (14 / 15 Mac 2020), JB (21 Mac 2020) dan Jurnal Kembara Johor, 11 April 2020. Kita kongsi lagi tips menarik terus dilapangan. Setiap satu lokasi pastinya berbeza momen, kan.
Zanariah Salam
Tengok matahari terbit, menyenangkan.
Comments are closed.