3 FASA DALAM MENGHASILKAN FOTO YANG MENARIK

14

Dalam menghasilkan foto yang menarik, ia melalui fasa

1. Melihat atau kenalpasti apa yang menarik dan tertarik
2. Mengidentifikasikan apa yang rasa dalam hati melalui idea
3. Menginterpretasikan idea kepada visual

Contoh foto ini.
Saya tertarik pada leading line dan reflection yang ada pada jambatan ini. Ianya sangat simetri kerana saya berada di posisi yang betul-betul mengadapnya.

Ia akan nampak biasa-biasa jika saya hanya ambil foto jambatan itu sahaja. Idea mula berlegar dalam kepala bagaimana mahu bagi lagi menarik.

Jadi saya tunggu sebentar hinggalah ada orang lalu. Dan apabila subjek berada diantara ruang yang betul, masa itulah klik klik berlaku. Interpretasikan idea kepada visual.

Ini contoh saja dari beberapa siri idea dalam kepala.

Begitulah serba sedikit. Ia perlukan kesabaran yang tinggi dan ada kalanya ia juga bergantung kepada nasib. Yang penting ada minat yang tinggi dan semua itu boleh menjadi sangat baik dengan izinNya juga.

Mahu belajar berdepan dengan tips lagi menarik?

Zanariah Salam

Comments are closed.