REVIU BUKU BANGKIT SELEPAS GAGAL

158

Saya tertarik dengan ayat ini.

Gagal dalam peperiksaan bukan bermakna gagal dalam kehidupan. Peperiksaan yang ditentukan oleh manusia bersifat subjektif. Anda hanya gagal jika anda gagal dalam ujian Allah.

Ia terus mengingatkan saya masa di tingkatan 1 dulu. Saya suka pada matematik dan tak pernah sekali mendapat keputusan rendah. Selalu antara mereka yang mendapat markah tinggi.

Entah macam mana, ada satu kali dalam ujian bulanan, markah saya corot. Cikgu panggil nama dan saya malu-malu untuk ke hadapan. Serius wei, selalu score, kali ini dapat corot pulak.

Cikgu kata, ujian bulanan saja. Tak apa. Boleh cuba lagi. Kalau tidak awak tak akan sedar dan terus leka.

Saya pegang kata-kata itu. Ia memang memberi kesan sungguh.

Betul, gagal sekali, bukan gagal selama-lamanya. Ia mungkin petunjuk untuk kita terus belajar erti bersyukur dan dekat pada Allah.

Ada orang gagal berkali-kali. Bangkit dan terus bangkit.

Ada orang gagal dan tak tahu bagaimana mahu bangkit mengatasinya.

Bila saya baca buku ini, ada banyak sekali cara bagaimana mahu memujuk hati supaya tidak terus tenggelam dalam kesedihan apabila mengalami kegagalan. Dari mengenali diri sendiri, memupuk sifat positif, buang ciri-ciri negatif, menghargai kehidupan dan bagaimana menghadapi kehidupan ini diterangkan satu persatu.

Antara buku tulisan Dr Noor Hayati Yasmin yang saya sarankan untuk kalian semua baca.

Banyak pengisian didalamnya yang boleh diambil belajar.

Boleh terus perolehi dengan set kombo self help ini di web https://duapenulis.com.
Kombo istimewa dan alang-alang mahu bangkit, kita jadi minimalis sekali. Haa, gitu.

2 buku yang saya sarankan untuk kalian ada dalam koleksi.

Bangkit Selepas Gagal
Misi Menjadi Minimalis

Terus ke sini untuk pesan okay,
https://duapenulis.com/…/set-self-help-misi-menjadi-minimal…

Ada banyak lagi buku menarik dalam website itu. Malah saya difahamkan buku Projek Lavender 2: Kanser: Catatan Hati Tentang Reda yang diusahakan oleh Norsa’adah Ahmad dan Dr. Noor Hayati Yasmin ini telah disenaraikan sebagai buku yang memenuhi fungsi sebagai buku perawatan jiwa oleh presiden Biblioterapi Malaysia. Menarik bukan?

Terus beli okay.

Zanariah Salam
Kena banyak baca buku lagi. Jom sesama kita.

 

Comments are closed.