PINTASAN SALOMA TARIKAN PELANCONGAN BARU

122

Tarikan baru buat pengunjung Kuala Lumpur terutamanya pada waktu malam. Dan boleh saya katakan ikon terbaru lokasi pelancongan di Kuala Lumpur.

Pintasan Saloma.

Laluan pejalan kaki sepanjang 370m yang dapat memendekkan perjalanan dari Kg. Baru ke menara berkembar KLCC daripada 30 minit kepada 7 minit sahaja yang siap sedia dibuka untuk orang awam bermula awal Feb 2020 lepas.

Ada spot yang telah disediakan untuk pengunjung bergambar dengan berlatarbelakangkan KLCC.

Senibinanya yang diinspirasikan daripada sireh junjung sememangnya cantik dan unik sekali. Apatah lagi kalau datang sini waktu malam. Dengan kerlipan lampu LED-nya yang berwarna-warni memang sesuai sangatlah untuk kalian bergambar di sini. Lokasi menarik untuk pengunjung menikmati waktu malam dengan suasana kota dari pemandangan lama dan baru Kuala Lumpur.

Laluan ini dibuka setiap hari dan ditutup mengikut waktu perjalanan Kelana Jaya LRT yang berakhir tengah malam.

Isnin – Sabtu : 5 pagi – 1pagi
Ahad / Cuti Umum : 5 pagi – 12.20 pagi

Untuk ke sini, kalian boleh naik LRT Rapid KL dan berhenti di Stesen Kg Baru. Atau boleh juga daripada Public Bank KLCC dan ikut melalui restoren NZ Curry.

Ada sesiapa yang sudah sampai ke sini? Maklumlah, tempat baru, ramai juga yang mengunjungi sini setiap hujung minggu.

Jemput tengok gambar yang sempat saya ambil semasa ke sini baru-baru ini. Gambar diambil menggunakan iPhone 11 sepenuhnya.

#ShotOniPhone11
#ShotOniPhone

Zanariah Salam
Kagum dengan senibinanya yang diinspirasikan daripada senibina Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia.

Comments are closed.