MELEWATI PERJALANAN DENGAN MEMBACA ARAH MUSIM

70

Arah Musim. Tulisan Kurniawan Gunadi. Penulis dari Indonesia. Buku ini punya 188 muka surat dan 105 bab dalam 6 Arah Musim. Buku ini saya suka baca kerana

1. Rekabentuk buku ini menarik dan minimalis. Daun kering yang terletak di atas jalan tar seperti baru ditiup angin. Seolah menggambarkan kehidupan yang diasak dengan pelbagai perkara kiri, kanan, atas dan bawah, namun ia tetap cantik dalam setiap percaturan-Nya jika kita bijak menilai.

Malah seakan menjawab soalan kenapa kulit buku ini begini pada halaman 74,

Adakalanya kita harus mengalah pada angin, biar kita diempas dan tak perlu memikirkan ke mana kita jatuh. Adakalanya kita harus mengalah pada arus, biar kita mengalir ke tempat-tempat yang jauh yang tak kita tahu.”

2. Ia ditulis dengan bahasa yang indah dan padat untuk dihadam. Jadi tak mustahil ada 105 cerita dikisahkan dalam buku ini. Walaupun pendek, namun setiap satu punya aura tersendiri seolah memberi semangat baru ketika membaca.

Sebagai contoh pada halaman 60 dalam topik Memenangi Diri.

Kita berjuang untuk melepaskan angan-angan dan harapan yang salah bersandar. Kita berjuang untuk mengembalikan hati kita dalam genggaman-Nya. Kita berjuang untuk terus berprasangka baik. Sama sekali bukan hal yang mudah.

Kita percaya takkan dibiarkan tersesat. Kebaikan-Nya selalu mampu mengalahkan segala ketakutan dan kekhawatiran. Sesuatu yang selama ini kita sangka akan menjadi beban di perjalanan. Semuanya hanyalah perasaan yang muncul tatkala tiada iman.”

3. Ada satu cerpen pendek yang saya suka baca. Donut pada halaman 49. Tentang rezeki, tentang sedekah, tentang usaha dan tentang bersyukur. Bagaimana donut boleh menggembirakan hati satu keluarga yang kepingin mahu makan. Kita mungkin mudah nak makan itu ini, tapi ada orang lain berusaha mengumpul sejumlah wang untuk menggembirakan hati keluarganya dengan donut.


4. Perenungan tentang apa erti kebahagiaan, perjuangan, cinta dan menerima diri. Sesuai sangat dibaca ketika pandemik kali ini. Merenung kembali apa yang telah kita lakukan dan apa yang kita cari dalam hidup sebenarnya.

5. Mendapat rating 4.45/5 dalam Goodreads. Ternyata ramai yang mengulas suka pada penulisan dalam buku ini. Pilihan yang tepat, pembelian yang berbaloi.

Zanariah Salam
Seronok apabila ada koleksi buku begini untuk dibaca selalu.

Comments are closed.