Tidak lengkap membaca jika tak kita kutip pesan-pesan atau kata-kata yang memberi kesan kepada diri. Ia mungkin bukan untuk kegunaan sendiri, namun, dikongsi dan ditulis begini dapat memberi manfaat buat yang membaca.
Apa himpunan pesanan itu?
Nah, saya tuliskan di sini.
1. “Kebahagiaan rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti.” Halaman 20
2. “Percayalah, semasa kita sedang marah, merotan anak lebih mudah berbanding berbual dengan si anak. Merotan boleh melepaskan tenaga. Berbual, kena kawal tenaga. Dan kita sedia maklum ketika itu, perbualanlah yang terkandung di dalamnya kebaikan, bukan merotan.” Halaman 34.
3. “Marah dengan ayat ‘kelakar’ agar sakit itu dibajukan dengan kehinaan, adalah lebih menyakitkan. Anak-anak yang sering disindir oleh ibu bapa menjadi anak-anak yang jiwanya penuh dendam, memberontak dan sangat jauh daripada komunikasi yang berkesan.” Halaman 38.
4. “Didik, bukan herdik. Asuh, bukan basuh. Bentuk, bukan kutuk. Bahasa membentuk pekerti. Pilihlah bahasa yang membangunkan jiwa. Bukan memusnahkannya.” Halaman 39.
Reviu Diari Abah di sini
5. “Apabila mahu bertegas, tegaskan pendirian, dengan bahasa yang kemas. Jangan bertegas dengan kekasaran fizikal untuk menzahirkan ketegasan.” Halaman 77.
6. “Mahu berfikir itu adalah satu sikap, yang perlu datang dari rumah untuk menyambut ilmu pengetahuan di sekolah.” Halaman 84.
7. “Anak-anak bukan selamanya kanak-kanak. Mereka akan dewasa. Mereka akan menguji kita, sebagai ujian Allah untuk diri kita juga.” Halaman 110.
8. “Mendidik minda anak-anak dengan Metacognition Learning amat menarik. Anak-anak diajar supaya berfikir tentang apa yang mereka fikir, menguji apa yang mereka belajar supaya mereka sedar dengan apa yang masuk ke dalam minda dan bagaimana mereka memahaminya.” Halaman 176.
9. “Kejayaan adalah sebuah perjalanan, bukan destinasi.” Halaman 193.
10. “Ibu bapa dan guru, bekerjasamalah. Ketepikan semua perasaan negatif, marah, gantikan dengan rasa hormat-menghormati, bertukar pandangan, demi kebaikan anak dan anak murid. Jangan biarkan Syaitan menggagalkan impian kita bersama.” Halaman 222.
Ternyata banyak pesan-pesan yang ditulis dalam buku ini. Sesuai sangat untuk diambil peduli dan amalkan oleh ibu bapa di luar sana dalam membentuk anak-anak yang penuh sahsiah diri.
Pesan ustaz lagi, jika kita sukakan kanak-kanak, ia tidak sama dengan sukakan anak-anak.
Bagaimana itu?
Dalam halaman 108,
“Sukakan kanak-kanak, kita suka bahagian yang menyukakan sahaja. Bahagian comelnya, bahagian suka bermainnya, bahagian suka diagah, bahagian pandai bergaya di hadapan kamera. Semuanya indah dan menjadi kenangan.”
“Tetapi kita tidak boleh menjadi ibu bapa yang baik jika hanya suka dengan kanak-kanak. Kita kena suka dengan anak-anak.”
Anak-anak itu, dari semenjak lahir hingga dewasa.
Anak-anak bukan selamanya kanak-kanak. Mereka akan dewasa.
Diari Abah : Berfikir Dengan Hati, Berperasaan Dengan Akal yang setebal 372 halaman dan 60 bab boleh diperolehi di
Buku yang mendapat raring 4.76/5 dalam Goodreads ketika artikel ini ditulis.
Zanariah Salam
Belajar
Comments are closed.