Buku Tafsir Al-Quran surah Al-Fatihah ini saya sarankan untuk kalian ada sebuah dalam koleksi.
Ia adalah himpunan kuliah-kuliah TGNA yang diusahakan untuk dibukukan buat manfaat dan bacaan kita semua.
Cetakan pertama untuk surah Al-Fatihah telah pun habis dan kini cetakan kedua sebanyak 3,000 sudah pun keluar. Selain surah Al-Fatihah, ada permintaan tinggi untuk cetakan surah yang lain pula. Alhamdulillah.
Buku tafsir ini menjelaskan satu persatu ayat-ayat dalam Surah Al-Fatihah itu sendiri yang diambil daripada transkrip kuliah TGNA sebelum ini. Ia tidak sama dengan tafsir lain kerana gaya bahasa kuliah dikekalkan sekaligus apabila membacanya seperti kita mendengar celoteh Tok Guru. Serius. Ada dialek Kelantan yang dikekalkan.
Layout cantik dan berkulit keras lagi. Rugi kalau tak beli dan hargai ilmu berharga yang ada di dalamnya. Semoga pahala berpanjangan buat Tok Guru dan pihak yang terlibat dalam usaha pembukuan tafsir ini.
Boleh terus beli di sini ya https://tafsirtokguru.com/link/ProjekTafsir
Comments are closed.